Mindset membangkitkan semangat hidup amat penting bagi melahirkan rasa bahagia dalam kehidupan seorang insan.
Tanpa adanya bahagia, terlahirlah duka lara sehingga menyebabkan semangat seseorang itu luntur.
Hidup ini seperti roda, kadang di atas dan kadang di bawah.
Kehidupan ini akan adanya kesedihan dan juga kebahagiaan.
Mindset positif yang akan memotivasikan hidup:
1. Buang Persepsi
Kadangkala kita menganggap sesuatu itu tidak boleh dilakukan dan kerana sesuatu yang menghalangnya.
Selagi kita tidak mencuba, kita tidak akan pernah tahu kemampuan kita.
2. Dorong Diri Kita ??
Fokus untuk melakukan sesuatu dan ada keinginan yang kuat untuk mencapainya.
3. ‘Nanti’ membawa kepada ‘Tidak Pernah” ?
Aktifkan sikap positif untuk segera melakukan sesuatu. Jangan bertangguh. Lakukan sekarang.
4. Berhenti di saat selesai ✅
Jangan pernah berhenti di saat lelah dan berhenti di saat selesai melaksanakannya.
Selagi kita belum meraih apa yang diiinginkan, teruskan berusaha dan jangan berputus asa.
Tidak salah mencuba. In shaa Allah setiap usaha itu akan ada hasilnya.
5. Diuji bukan bermakna lemah ??♀️
Masalah yang dihadapi bukan sebagai ukuran kelemahan kita tetapi sebagai ujian untuk kita lebih kuat menghadapinya.
Minda yang positif ditambahkan dengan doa dan usaha membina kehidupan yang lebih baik. In shaa Allah.
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
?? https://t.me/drazuraofficial