Hal mempengaruhi masa depan adalah segala perlakuan yang anda lakukan pada hari ini.
Kita perlu merancang masa depan kita tetapi ia bukan lah perkara yang perlu dirisaukan.
Masa lampau kita akan menjadikan siapa diri kita yang sekarang. Siapa setuju?
Banyak kisah-kisah orang yang berjaya hari ini membongkarkan masa silamnya adalah sangat susah dan ada pelbagai isu. Tetapi dia tidak menjadikan itu sebagai alasan dan hanya menerima takdir.
Sebaliknya, menjadikan perasaan dan keadaan itu sebagai pemangkin semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya.
Perjalanan itu sukar tetapi akan manis dihujungnya. In shaa Allah.
Apa yang boleh dilakukan hari ini untuk masa depan yang lebih baik?
HAL MEMPENGARUHI MASA DEPAN
1. Buku yang dibaca
Ilmu itu pelita hidup, dengan ilmu kita boleh menjadi luar biasa.
2. Dengan siapa anda berkawan
Biarlah kawan itu tidak ramai tetapi merekalah yang menyokong dan mendoakan kejayaan.
3. Makanan yang dimakan
Pilihlah makanan yang sihat supaya kesihatan terjaga.
4. Gaya hidup anda
Jika sekarang ini anda ada habit yang negatif, usaha untuk ubah menjadi positif.
Anda boleh lakukannya!
“Orang-orang yang berhenti belajar akan menjadi pemilik masa lalu. Orang-orang yang masih terus belajar, akan menjadi pemilik masa depan”. – Mario Teguh
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim ❤
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
?? https://t.me/drazuraofficial