Kekuatan diri adalah suatu aspek kemahiran, psikologi atau sikap yang baik dan yang mengandaikan beberapa jenis kebaikan atau kelebihan penyesuaian. Ia adalah tentang kebolehan yang mewujudkan unsur positif kepada diri seseorang.
TANDA-TANDA ANDA MELEMAHKAN KEKUATAN DIRI ANDA
1. ANDA MEMBENARKAN ORANG LAIN UNTUK MENENTUKAN EMOSI ANDA
Daripada mengiyakan perasaan anda; anda membiarkan orang lain menentukan sama ada emosi anda sah atau tidak yang akhirnya akan membuat anda jatuh.
2. NILAI DIRI ANDA BERGANTUNG PADA PENDAPAT ORANG LAIN TENTANG ANDA
Jika anda bergantung pada persetujuan orang untuk berasa baik tentang diri anda, anda akan menjadi orang yang hidupnya ditentukan oleh orang lain yang boleh membuatkan kepuasan diri anda terbatas.
3. ANDA TUNGGU KEBENARAN
Apabila anda menunggu seseorang memberitahu anda bahawa anda sudah bersedia untuk langkah seterusnya, anda memberikan kuasa anda untuk membuat keputusan dalam hidup anda.
4. ANDA MENDAHULUKAN KEPERLUAN ORANG LAIN DARIPADA KEPERLUAN ANDA SENDIRI
Ini adalah tanda bahawa anda mengambil berat tentang orang lain lebih daripada anda mengambil berat tentang diri anda sendiri. Semakin anda kurang mengambil berat tentang keperluan anda, semakin anda rasa kurang kuasa.
5. ANDA MENYALAHKAN ORANG LAIN ATAS MASALAH ANDA
Menyalahkan orang lain adalah cara mudah untuk tidak bertanggungjawab ke atas hidup anda. Seseorang mungkin telah mengecewakan anda, tetapi untuk menjadikan keadaan lebih baik anda perlu beralih daripada menyalahkan dan fokus pada penyelesaian.
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial ?
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim ❤️