Terlalu Rendah Diri

terlalu rendah diri

Terlalu rendah diri itu bukan perkara yang boleh diambil mudah dan remeh bagi sebahagian orang.
 
Sifat merendah diri itu baik , bahkan dalam islam menuntut kita untuk sentiasa merendah diri.
 
Namun ianya tidak baik  sekiranya terlalu merendah diri sehingga mengganggu kehidupan seharian.
 
 
DARIPADA KITA MERENDAHKAN DIRI.. JOM BUAT INI!
 
1. Ingat tentang satu kekuatan atau kebolehan diri tak kira apa jua bakat yang kita anda.
 
Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan atau bakat tersendiri. Raikan kelebihan anda itu dan pujilah diri anda dengan keistimewaan yang dikurniakan.
 
 
2. Ingat akan pilihan terbaik yang anda buat dalam hidup anda walau sekecil-kecil pilihan.
 
Cuba imbas kembali apa yang anda lakukan sehingga dapat mencapai sesuatu itu disebabkan pilihan anda yang baik.
 
 
3. Ingat akan perkara tentang diri anda yang anda tidak perlu ubah seperti kebaikan memberi manfaat atau amalan baik yang anda lakukan setiap hari.
 
Kebaikan yang anda lakukan harus dikekalkan kerana ia memberi manfaat kepada masyarakat.
 
 
4. Ingat masa anda benar-benar bangga dengan diri sendiri walaupun kebanggaan tersebut hanyalah perkara yang biasa.
 
Mesti ada satu ketika, anda berasa sangat berbangga dengan diri anda sendiri. Anda sahaja yang layak menilai tinggi diri anda.
 
 
5. Ingat akan pujian terbaik yang pernah anda dapat terutama dari orang yang kita sayang.
 
Pujian yang anda pernah dapat mungkin daripada keluarga atau sahabat handai boleh menjadi motivasi diri anda untuk lebih yakin dengan diri anda!
 
 
atasi rendah diri
 
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial ?
Salam Sayang,
 
Dr Azura Hashim
 
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart