Toksik malu adalah satu perasaan negatif yang wujud dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.
4 PERKARA TENTANG MALU
1. IA MENJADI TOKSIK APABILA IA DIHAYATI DAN MENJEJASKAN IMEJ DIRI ANDA
Apabila anda berasa malu toksik, anda melihat diri anda tidak bernilai, tidak mencukupi dan tidak sebaik orang lain. Orang yang bersalah akan berasa mereka melakukan sesuatu yang buruk atau salah namun orang yang ada toksik malu merasakan bahawa mereka adalah jahat dan salah dan tidak layak untuk sesuatu.
2. RASA TOKSIK YANG BOLEH BERSEMBUNYI DI BAWAH SEDAR ANDA
Anda mungkin tidak sedar bahawa anda mempunyai rasa malu yang toksik, tetapi apabila dicetuskan, ia masih boleh membuatkan anda berasa seolah-olah seluruh diri anda cacat, buruk dan tidak layak.
3. RASA TOKSIK DATANG DARIPADA RASA MALU YANG PERNAH BERLAKU
Ia boleh berkembang sebagai tindak balas kepada pengalaman kanak-kanak yang menyakitkan. Contohnya, sentiasa diberitahu bahawa anda tidak mencukupi (dengan kata-kata atau tindakan) boleh mengakibatkan imej diri negatif yang kekal bersama anda.
4. ANDA BOLEH MENGALAMI RASA TOKSIK INI TENTANG PELBAGAI ASPEK DIRI ANDA
Perkara yang anda perkatakan atau lakukan, penampilan anda, kesilapan tertentu atau rasa tidak selamat yang anda miliki.
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial ?
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
?? https://t.me/drazuraofficial