UNLOCKING YOUR LEADERSHIP POTENTIAL

Leadership Training in Malaysia

Dr. Azura’s Signature Program, part of LEADWELL Program

Pengenalan
(Leadership Training in Malaysia)

Kemahiran kepimpinan sering dianggap sebagai aset yang amat bernilai dalam dunia profesional.

Namun, ramai yang terlepas pandang bahawa ia bukan sekadar tentang memimpin orang lain, tetapi juga tentang kebolehan untuk memimpin diri sendiri dengan berkesan.

Dalam hal ini, kepimpinan peribadi menjadi elemen penting untuk mencapai kejayaan profesional yang berpanjangan.

 

Cabaran Kepimpinan

Hari ini, ramai individu hari ini bergelut dengan masalah kepimpinan yang belum digali sepenuhnya, sehingga menghambat perkembangan diri dan organisasi.  

Kurangnya pemahaman tentang diri sendiri, terutamanya berkaitan dengan emosi, keyakinan dan komunikasi tidak berkesan menjadi penghalang dalam membangun kepercayaan diri dan kemampuan memimpin yang efektif.

Hal ini sangat berkaitan dengan produktiviti, hubungan rakan sekerja dan organisasi secara keseluruhan.

Kesan Buruk

AKIBAT DARIPADA MASALAH INI, RAMAI MENGALAMI:

  1. Produktiviti menurun: Lemahnya kepimpinan menyebabkan semangat dan motivasi menurun, malah tanpa arahan yang jelas serta sokongan, ianya mengganggu produktiviti organisasi.
  2. Reputasi organisasi terkesan: Kegagalan dalam kepimpinan merosakkan reputasi organisasi sama ada kepada pasukan, pelanggan dan juga pelabur.
  3. Gagal mencapai matlamat organisasi: Tanpa kepimpinan yang berkesan, sukar untuk organisasi mencapai matlamat yang dimahukan.
  4. Sukar berinovasi: Pasukan kita takut dan tidak terbuka dengan idea baru yang mungkin menghalang inovasi dalam organisasi, ianya mematikan peluang berkembang dengan perubahan.
  5. Sering meletak jawatan: Rasa tidak puas hati dengan kepimpinan dalam organisasi sering menjadi punca mengapa pekerja memilih untuk meletakkan jawatan.

Objektif Program

Modul ini disusun dengan fokus untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan individu. Selain itu, ianya akan membantu membina keyakinan individu untuk memimpin dalam organisasi.

Kepimpinan adalah penting kerana ianya mempengaruhi pengurusan organisasi seperti motivasi, pasukan dan hubungan rakan sekerja. Kekuatan kepimpinan ini juga memyumbang peningkatan prestasi sesebuah organisasi dan juga perkembangan diri.

Pada akhirnya, terhasillah prestasi yang cemerlang dengan pasukan yang komited dan cemerlang. Melalui sesi interaktif dan latihan praktikal, peserta akan mempelajari tentang kekuatan, potensi halangan dalam kepimpinan yang berkesan.

  • Memahami konsep asas kepimpinan dan teknik berkesan dalam memimpin
  • Membina kemahiran pengurusan masa dan pembahagian tugasan
  • Meningkatkan kemampuan dalam menyelesaikan krisis dan masalah
  • Membina visi dan strategi kepimpinan yang jelas
  • Membina pelan pembangunan diri untuk kepimpinan yang lebih baik

Hasil Program Ini

Selepas selesai mengikuti program ini, peserta akan:

  1. Mempunyai pemahaman mendalam mengenai kepimpinan yang berkesan.
  2. Mengaplikasikan kemahiran pengurusan masa dan pembahagian tugasan dalam organisasi.
  3. Menangani krisis dengan lebih berkesan dan cepat menyelesaikan masalah.
  4. Memiliki visi dan strategi kepimpinan yang jelas.
  5. Membina pelan pembangunan diri sendiri untuk kemajuan dalam kepimpinan.

Kenapa Anda Perlu Belajar Kepimpinan (Leadership)

Tingkatkan Keyakinan Diri

Kuasai emosi dan komunikasi untuk jadi pemimpin yang lebih yakin.

Naikkan Produktiviti

Pemimpin yang jelas dan tegas mampu memacu pasukan ke tahap maksimum.

 

Bina Hubungan Harmoni

Kepimpinan yang baik menggalakkan komunikasi terbuka dan kerjasama erat.

 

Inovasi Berterusan

Pemimpin yang terbuka menginspirasi idea baru dan inovasi.

 

Tangani Krisis Lebih Baik

Pemimpin yang cekap menyelesaikan krisis dengan cepat dan tepat.

 

Capai Matlamat Organisasi

Kepimpinan yang strategik memastikan organisasi mencapai matlamatnya.

Penceramah

DR AZURA HASHIM

TRANSFORMATIONAL SPEAKER
COACH
| PENULIS

KEPAKARAN

  • Kepimpinan dan Komunikasi
  • Neuro Linguistic Program
  • Analisis Tulisan Tangan – Pengurusan Pasukan
  • Pengurusan Tekanan dan Kesihatan Mental
  • Pembangunan Diri dan Pasukan (Strategic Team Building)

Dr. Azura Hashim ialah seorang jurulatih, coach, dan penulis yang bersemangat untuk menyebarkan pengetahuan tentang pembangunan diri dan manusia kepada orang ramai. Beliau mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam sektor korporat termasuk telekomunikasi, pendidikan, pemasaran, dan kewangan. Dr. Azura telah berkongsi kepakarannya dengan lebih 25,000 peserta melalui program pembangunan diri. Beliau mempunyai aspirasi tinggi untuk membantu orang sekeliling meningkatkan kecekapan, kemahiran, dan potensi diri. Dengan kepakaran beliau yang digabungkan dengan pengalaman industri, Dr. Azura percaya beliau mampu menyumbang kepada masyarakat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan, organisasi, dan negara keseluruhannya.

AS SEEN ON

Kami adalah Registered HRD Corp Training Provider

Program latihan dari kami berdaftar dengan HRD Corp. Hubungi kami untuk menggunakan dana HRD Corp syarikat anda.

Latihan Berimpak Tinggi

Dengan pengalaman yang terbukti selama lebih 10 tahun, pasukan kami bersedia untuk membantu anda mencapai matlamat anda, dan lebih lagi.

5.0 Google Review ⭐⭐⭐⭐⭐

Lead Trainer kami, Dr Azura Hashim mendapat Rating 5.0 di Google Review dan telah dinobatkan sebagai Successful People in Malaysia.

Barisan Trainer Berkaliber

Trainer-trainer kami mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang masing untuk membantu organisasi anda capai matlamat.

Antara
Pencapaian
Kami

25,000 +

peserta telah ikuti program kami secara offline dan online.

30+

Modul latihan yang boleh anda pilih

1,000 +

sesi latihan secara offline dan online telah dilakukan.

10+

konsultan yang pakar dalam bidang masing-masing

Antara Gambar Sekitar Program

Antara Testimoni Program

Antara Klien Kami

HUBUNGI KAMI

Mahukan perkembangan syarikat Yang Lebih Cemerlang?

Perlu cara dan teknik tambahan untuk team kekal bersemangat dan produktif dalam syarikat anda?

Isi borang di bawah untuk kami cadangkan solusi untuk anda.

Shopping Cart