Belajar bersyukur

belajar bersyukur

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.

Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu,

dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu.

Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.

(Ali Imran 3:145)

Berhenti mengeluh dan belajar bersyukur. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Kita sama-sama mencuba untuk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfikir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan datang.

Artikel yang saya ingin kosngsikan ini, dibaca berulang kali pun,  masih nak diulang lagi. Jadi moga-moga nukilan ini dapat memberi manfaat dan dapat diamalkan bersama.

 

Renungan bersama…

 

 

  • Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.
  • Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.
  • Jika kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
  • Kalau kita bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.
  • Apabila kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.
  • Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
  • Jikalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.
  • Apabila kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah. Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri. Ini yang susah, mengalahkan ego diri sendiri.

 

Bersyukurlah

 

 

Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

  • Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.
  • Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.
  • Ayah dan mak masih mampu menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.
  • Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.
  • Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.
  • Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.
  • Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,
  • Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.
  • Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.
  • Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.
  • Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.
  • Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.
  • Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

 

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita perlu belajar bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Semoga diberkati hidup kita semua.

 

Akhir kata doa agar sahabat semua diberikan kesihatan yang baik kerana kesihatan yang baik itulah yang memudahkan kita untuk melakukan ibadah.

Teruskan istiqamah dan bermujahadah dalam jalan Allah SWT.

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial

Wallahua’alam

Lahaulawala quwwata illa billah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

fahami emosi

Fahami Emosi Anda

Fahami emosi anda.   Ada tak yang sedang sedih, tetapi sembunyikan perasaan?   Bila kita cakap tentang emosi, ia seringkali berkait dengan marah dan sedih.

minda yang sihat

Minda Yang Sihat

Semakin dewasa semakin sibuk memikirkan kerja sehingga kadangkala terlupa untuk memikirkan perasaan diri sendiri.     Hal kerja, menjaga anak,memasak, menguruskan rumah tangga dan lain-lain

kukuhkan fikiran

Kukuhkan Fikiran Anda

Kukuhkan fikiran banyak membantu dalam kehidupan seharian. Walaupun anda mungkin tahu bahawa anda perlu menggunakan badan anda, adakah anda tahu bahawa ia juga mungkin penting

manfaat tidur sekejap

Manfaat Tidur Sekejap

Manfaat tidur sekejap atau qailulllah perlu diketahui oleh semua orang. Tips hari ini saya kreditkan kepada Public Health Malaysia.     Orang luar memanggil Qailulah

Shopping Cart