Berhenti buat alasan!
Penat? Tidur awal!
Berat badan meningkat? Banyakkan bersenam!
Tidak mempunyai masa? Berhenti menonton tv!
Tidak mempunyai wang? Berhenti membazirkannya!
Nampak seperti rumit? Mulakan dalam skala kecil dan cuba!
Tidak mempunyai ilmu pengetahuan? Belajar dan baca buku!
Yang perlu anda lakukan hanyalah mengambil beberapa langkah ke hadapan.
Itulah bahagian yang paling sukar. Selebihnya lebih mudah.
Maka, pilihlah cara yang terbaik untuk dipraktikkan oleh diri kita sendiri bagi mencapai apa yang kita impikan selama ini ✨
Terlalu banyak alasan boleh buatkan anda sukar mencapai kejayaan. Cuba kita fikir, bagaimana jika Steve Jobs dan Steve Wozniak mengatakan mereka memerlukan pejabat bagi memulakan bisnes dan bukannya garaj. Kemungkinan tidak wujud Apple atau iPhone hari ini.
Memberikan alasan itu mudah, namun ia akan buatkan anda kekal berada pada tahap yang sama ataupun zon selesa masing-masing. Tiada peningkatan.
Anda sebenarnya mengelakkan diri daripada melakukan perkara sepatutnya lakukan dalam hidup atau bisnes sedangkan ia sebenarnya memberi peluang untuk perubahan dan perkembangan baru.
Anda pasti tahu apa yang perlu dilakukan, tetapi kebanyakan orang masih tidak melaksanakannya kerana ianya sukar untuk keluar dari zon selesa kita. Dan ianya mudah dengan hanya berikan alasan. Kita akan jumpa sebab dan alasan.Anda sendiri memilihnya..
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr. Azura Hashim ❤️
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial