Muhasabah Diri Anda

muhasabah diri

Muhasabah diri bermaksud menilai dan melihat kembali tentang apa yang telah berlaku sama ada manis atau pahit dan detik suka duka dalam diari kehidupan.

Ia merupakan antara amalan yang menjadi perhiasan mukmin dalam menelusuri pentas kehidupan penuh onak duri

Dalam Islam, muhasabah ini bertujuan untuk memperbaiki hubungan kepada ALLAH SWT (habluminallah), hubungan kepada sesama manusia (habluminannas), serta hubungan dengan diri sendiri (habluminannafsi).

Justeru, antara cara-cara muhasabah diri termasuklah:-

1. MEMBETULKAN SOAL NIAT, AMALAN, DAN DOSA-DOSA.

Langkah pertama untuk bermuhasabah adalah merenungkan apa saja yang telah dilalui dalam hidup.

Sudahkah kita melakukan amalan yang diperintahkan Allah?

Sudahkah kita menyedari berapa banyak dosa yang telah dilakukan?

Setelah itu, niatkan untuk sentiasa lebih taat kepada Allah dan menghindari laranganNya.

2. MENDIRIKAN SOLAT TAUBAT

Ketika seseorang telah menyesali segala dosa, maka muslim yang taat akan segera bertaubat dengan mendirikan solat sunat taubat.

Sebagaimana Rasulullah bersabda,
“Yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah doa ketika itu.”

3. MENERIMA TEGURAN DAN PENDAPAT ORANG LAIN

Dalam kehidupan ini, kita memerlukan orang lain untuk menyedarkan dari kesalahan yang telah perbuat.
Bahkan Rasulullah pun bersabda,
“Sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kalian. Aku lupa sebagaimana kalian lupa. Oleh karenanya, ingatkanlah aku ketika diriku lupa.”

Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah

Salam Sayang,
Dr Azura Hashim ❤
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart