Bina semangat konsisten bukan perkara yang mudah.
?LEMAU
?BOSAN
?LETIH
Apa lagi yang anda rasakan bila hilang semangat?
Ada seseorang yang sedang berjuang untuk mendapatkan ‘Doktor’ berjumpa dengan saya dan bertanya..
“Saya rasa lost dan hilang semangat tetapi PhD ini adalah impian saya. Macam mana nak kembali bersemangat dan konsisten?”
Hidup ini memang begitulah, ujian yang datang itu tanda Allah sayang kepada kita.
CARA BINA SEMANGAT KONSISTEN
1. Utamakan kepentingan
Fokus dengan matlamat utama yang ingin dicapai. Tinggalkan perkara yang tidak ada kena mengena dengan mencapai objektif kita itu.
2. Tulis dan sematkan dalam fikiran ‘Big Why’ anda
Apabila anda berasa ‘down’ cuba fikir kembali impian yang ingin anda gapai itu.
3. Ambil masa untuk berehat atau bercuti
Ambil ‘offday’ untuk menenangkan diri atau keluar bercuti ke tempat yang anda suka.
4. Reward diri anda
Reward diri anda kerana ia adalah terapi diri untuk seseorang meleraikan tekanan terutamanya setelah penat bekerja. Semangat anda akan meningkat setelah memanjakan diri dan memulakan aktiviti kehidupan dengan pemikiran yang lebih segar.
Carilah masa dan peluang untuk menghiburkan diri juga supaya otak dan badan boleh relaks dengan selesa. In shaa Allah
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial