Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.
Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berjanji dengan masa:
Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
(Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3)
Anda seorang penjawat awam?
Atau bekerja dalam sektor swasta?
Apa juga pekerjaan anda, kita semua memiliki masa yang sama iaitu 24 jam sehari.
Namun, pengurusan masa setiap individu itu yang berbeza dan ia sangat penting bagi menentukan kualiti dan produktiviti anda.
“The best preparation for tomorrow is doing your best today” – H. Jackson Brown, Jr.
Bila cakap pasal disiplin mengurus masa ni, yang pertama sekali adalah jangan bertangguh. Kerana ia akan mengheret anda kepada timbunan kerja.
Kemudian, tetapkan had masa bagi sesuatu kerja. Buat ‘timeline’ dan capai KPI anda sendiri.
Senaraikan aktiviti mengikut keutamaan supaya pengurusan masa itu lebih teratur dan tenang menyiapkan kerja. In shaa Allah
Saya sarankan untuk merancang didalam planner supaya segalanya menjadi sistematik.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim ❤️
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Handwriting Personality dan Cara Mengenal Pembohong Melalui Tulisan Tangan
Handwriting personality atau analisis tulisan tangan ialah satu kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan sifat keperibadian seseorang melalui cara mereka menulis. Teknik ini membolehkan kita