Ego memakan diri sendiri.
Ego membawa maksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya.
Setiap orang mahu menjadi yang terbaik untuk keluarga, kawan dan orang-orang disekeliling mereka.
Ego ini memang ada dalam diri kita cuma kita perlu merendahkannya supaya tidak menjadi masalah di kemudian hari.
Bagaimana caranya?
CARA MERENDAHKAN EGO
1. Berhenti membandingkan
Membandingkan diri dengan orang lain bukanlah sesuatu yang bermanfaat untuk dipelihara.
Jika dibiarkan, sikap ini dapat memberi dampak negatif kepada kesihatan fizikal dan mental anda.
2. Jadi pendengar yang baik.
Pada zaman ini kemahiran mendengar semakin menghilang selari dengan arus perkembangan teknologi.
Menjadi pendengar yang baik amat penting bagi memelihara hubungan dengan orang sekeliling kerana betapa senang rasanya ketika mendengarkan cerita orang.
Yang paling utama, menjadi pendengar aktif dapat membantu merendahkan ego yang tinggi melangit.
3. Bijak dalam mengawal emosi.
Ego yang tinggi akan menyebabkan seseorang akan mudah terjerumus dengan tindakan negatif sekaligus menganggu emosi diri yang dapat memberi kesan buruk kepada orang sekeliling.
4. Merendah diri dengan kelebihan yang ada.
Setiap tahun kita akan bertambah usia, jadikan usia itu semakin dewasa dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Berfikir sebelum bercakap dan bertindak. Ego memakan diri.
Semoga bermanfaat
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤
Jom singgah telegram saya untuk mendapatkan lebih banyak info yang bermanfaat Inshaa Allah #notakehidupanDrAzura