Jemputan kali ini agak last minute. Dengan saya sendiri ada banyak kelas online berjalan. Jadi pengurusan masa sangat penting bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.
Oleh itu, di sini ingin saya berkongsi sebuah artikel yang tertulis tentang 4 kuadran untuk pengurusan masa yang terbaik bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan aktiviti-aktiviti kita.
Fahami 4 Kuadran Pengurusan Masa
1. Manage – Important & Urgent
Selesaikan urusan yang penting dahulu dengan kadar segera. Jadi saya fokus dulu selesaikan kelas- kelas online yang kami anjurkan juga yang dijemput.
2. Focus – Important But Not Urgent.
Penting tapi boleh ditangguhkan. Di sini penting untuk tahu ‘prioritisation’. Mana yang perlu diutamakan.
Saya dalam projek siapkan penulisan buku baru, tangguh dulu untuk selesaikan perkara yang kena ‘Manage’ segera. Termasuklah workbook untuk program ini.
Selesai semua yang penting, terus saya bina modul, slide dan hantar kepada team design iaitu Cik Syikin Rosli. Partner dari syurga.
3. Avoid – Urgent But Not Important.
Bila sudah ada prioritisation, bolehlah bahagi tugas- tugas dalam quadran ini kepada team lain.
Urusan ticketing saya serahkan kepada yang pakar iaitu Puan Norhaslina Mohd Noor (Fairy Holidays). Mudah dan senang kerja saya tinggal pergi ke lapangan terbang sahaja.
Urusan binding workbook dan corporate souvenir, serah kepada pakar iaitu Tuan Jamil Ismail (Flexisprint). Alhamdullilah selesai dengan puas hati.
4. Limit – Not Important & Not Urgent.
Yang ini, kita sendiri yang tahu apa yang tak penting. Contohnya, scroll WhatsApp 24 jam.
Tulis ‘list things to do’. Jadi tidak ada rasa serabut. Supaya semuanya bersistem dan berstruktur. In Shaa Allah.
Uruskan masa sebaiknya. Setiap detik sangat berharga. Penting juga bermohon supaya Allah lancarkan semuanya.
Zikirkan Allah Ya Baari sebanyaknya, Allah Yang Maha Menguruskan. Uruskan segalanya mengikut kesempurnaanNya.
Saya mendoakan kalian semua yang membaca posting ini sentiasa di bawah keberkatan dan diberikan segala kebaikan dari Allah.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Aamiin
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah