Pernahkah kita terfikir apakah agaknya sikap yang kita ada itu mungkin menjadi punca utama halangan untuk kita berjaya?
Sesiapa pun nak berjaya dan kaya dalam hidup. Pelbagai usaha telah kita buat tetapi masih tidak mencapai target yang diingini.
5 HALANGAN UTAMA UNTUK BERJAYA
1. BANYAK ALASAN
Pertama, sikap memberi banyak alasan ini yang biasa kita dengar atau mungkin terjadi pada diri kita.
Seringkali kita suka salahkan orang lain jika kita tak berjaya sedangkan sebenarnya semua bermula dari diri sendiri.
2. SIKAP MALAS
Seterusnya, sikap malas ini memang sering terjadi dan sukar untuk berubah jika tidak diatasi.
Tetapi, tahukah anda dengan target dan goals yang kuat bersama passion yang membuak boleh menjadi titik permulaan untuk membuang sikap melambat lambatkan proses kita untuk berjaya itu.
3. SUKA BERTANGGUH
Sikap ini kerap berlaku apabila tiada perancangan yang baik dalam kehidupan.
Kenapa?
Kerana bertangguh menyebabkan kerja yang bakal dihasilkan kurang kualitinya kerana dilakukan dalam keadaan yang tergopoh-gapah.
4. BANYAK BERFIKIR
Kita hendaklah mengelak diri dari sentiasa berfikir perkara negatif kerana ia boleh menjadi aura yang tidak baik dan secara tidak langsung menjadi punca halangan untuk kita berjaya.
5. EGO YANG BESAR
Di samping itu, sikap ego ini adalah orang yang pentingkan diri sendiri.
Ego ini biasanya dikaitkan sifat sombong dan dengki yang kuat.
Jika kita baru belajar tidak salah jika kita mencari dan bertanya kepada orang yang lebih mahir dari kita.
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim