Punca sikap malas boleh datang daripada diri sendiri dan sekiranya tidak di atasi sikap malas tersebut boleh memberi impak kepada orang lain.
Definisi malas bukan sahaja tidak berminat untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah gabungan sifat-sifat negatif seperti sikap gemar bertangguh, tidak pandai mengurus masa, tidak menepati waktu dan lemah untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan.
Namun, untuk atasi sikap malas ini, kita perlu mengenalpasti dahulu apakah puncanya.
3 PUNCA SIKAP MALAS
1. KESAN UBATAN
1. Pertama adalah kesan sampingan daripada pengambilan ubat juga boleh membawa kepada sikap malas kepada individu. Mengikut kajian, kurang daripada 5% pengambil sejenis ubat darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan seperti kelembapan mental dan fizikal.
2. FAKTOR SEKELILING
Di samping itu, persekitaran sekeliling sangat mempengaruhi seseorang itu menjadi malas. Dari sudut psikologi, antara faktor seseorang itu malas termasuklah dari cara individu dibesarkan, pengaruh sekeliling terutama orang terdekat dan juga kekurangan pengetahuan.
3. KEKURANGAN HORMON TIROID
Seterusnya, hormon tiroid berkurangan adalah disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan beriodin seperti ikan. Maka seseorang itu jelas menampakkan simptom malas seperti mental lambat memproses maklumat, lesu dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan.
“Waktu bekerja orang rajin adalah sekarang, sedangkan waktu bekerja orang yang malas adalah besok.” – Abdullah Gymnastiar
punca sikap malas – Dr Azura Hashim
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Handwriting personality atau analisis tulisan tangan ialah satu kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan sifat keperibadian seseorang melalui cara mereka menulis. Teknik ini membolehkan kita
1. Pengenalan Dalam dunia yang semakin mencabar dan kompetitif, communication skill training merupakan aspek penting dalam pembangunan peribadi dan kerjaya. Ia bukan sahaja meningkatkan cara kita
Pengenalan: Kepentingan Teambuilding Training dalam Dunia Korporat Dalam dunia korporat yang semakin kompleks dan kompetitif hari ini, konsep teambuilding sering kali diabaikan atau dianggap sekadar
1. Pengenalan (Leadership Training in Malaysia) Penerangan Ringkas Mengenai Bagaimana Kemahiran Kepimpinan Menjadi Elemen Penting dalam Peningkatan Kerjaya dan Kejayaan Profesional Kemahiran kepimpinan sering kali