Hidup dengan keyakinan?
Saya selalu dapat soalan
“Macam mana nak yakin?”
Hidup ini ada pelbagai cerita. Setiap orang yang kita jumpa mempunyai pelbagai cerita dan isu dalam kehidupan mereka.
Keyakinan merupakan proses yang perlu dilalui.
“Kita tidak tahu tentang kekuatan kita selagi kita tidak menghadapinya”
1. Jadilah diri sendiri di depan orang lain.
Mulakan membina keyakinan melalui personaliti anda dengan orang sekeliling. Kalau tak suka atau tak selesa, nyatakan perasaan anda. Its okay to say no.
2. Ada prinsip dan matlamat.
Percaya dengan kemampuan diri anda. Setiap orang ada keunikan yang tersendiri, begitu juga dengan anda. Fokus dengan matlamat hidup anda. Hiraukan gangguan luar yang mampu menggugat prinsip yang telah lama anda pegang.
3. Mengatur jalan hidup supaya sentiasa bersedia.
Sebelum tidur, bayangkan perjalanan hari esok supaya kita bersedia untuk menjalaninya tanpa ragu. In shaa Allah.
Hidup dengan keyakinan dengan segala keputusan yang dibuat dan mohon bantuan Allah Ya Waaliy menguruskan segalanya.
“Keyakinan dan kerja keras adalah ubat terbaik untuk membunuh penyakit yang disebut kegagalan. Itu akan membuat Anda menjadi orang yang sukses.”- Abdul Kalami
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Handwriting Personality dan Cara Mengenal Pembohong Melalui Tulisan Tangan
Handwriting personality atau analisis tulisan tangan ialah satu kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan sifat keperibadian seseorang melalui cara mereka menulis. Teknik ini membolehkan kita