Kata semangat untuk diri?
Nak dapat dari mana kata semangat tu?
“Senyum tetapi hati sedang gundah”
“Berimpian tetapi hilang semangat”
Setiap dari kita pastinya mengimpikan kejayaan dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
Dalam usaha kita untuk menggapai kejayaan pastinya ada pelbagai rintangan, ujian, dugaan, dan onak duri yang terpaksa ditempuhi.
Ada masanya motivasi kita akan merudum disebabkan ujian yang hadapi.
Ada pelbagai cara untuk memotivasikan diri sendiri dan salah satu cara yang paling berkesan ialah dengan menyebut kata-kata semangat kepada diri sendiri atau affirmation.
5 CARA UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI ANDA:
• Berdiri di hadapan cermin dan yakin dengan sendiri.
• Cakap kepada diri sendiri dengan penuh perasaan dan semangat.
• Gunakan bahasa badan yang sesuai ketika bercakap dengan diri sendiri.
• Senyum pada diri sendiri.
• Bercakap dengan penuh kasih sayang dan harapan.
Setiap orang lain perjalanan hidupnya. Mungkin apa yang anda inginkan belum lagi dapat. Belum tiba masanya. Kerana hanya Allah Maha Mengetahui masa yang terbaik untuk anda.
“Hidup umpama menaiki basikal. Untuk mengekalkan keseimbangan, kamu harus terus bergerak”.- Albert Einstein.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim ❤
Jom jemput ke link ke telegram untuk lebih info yang menarik.
?? https://t.me/drazuraofficial