Kawal Tekanan Diri

Kawal tekanan diri bukan perkara yang mudah.
 
 
Mengapa anda stress?
 
 
Harapan terlalu tinggi?
 
 
Orang sekeliling?
 
 
Bebanan kerja?
 
 
Kadang kala, kita tidak terlepas dengan stress. Apa yang patut dilakukan adalah mengawalnya agar tidak berlarutan sehingga menyebabkan masalah yang lebih besar seperti depression, anxiety dan sebagainya.
 
 
Amalkan 6B ini dan ingatkan pada diri yang semua ini akan berlalu, perasaan ini hanya sementara.
 

AMALKAN 6B UNTUK MENGHINDARI STRESS

 
 

1. Bersyukur

 
Berterima kasih lah dengan segala kurniaan yang telah tuhan berikan. Bersyukur dengan seikhlas hati.
 
 

2. Bernafas dengan teratur

 
Tarik nafas sedalamnya kemudian hembus. Pernafasaan yang baik dapat kawal tekanan diri dan memberi ketenangan kepada diri yang sedang dihujani dengan emosi negatif.
 
 

3. Beribadat

 
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti sembahyang dan berzikir dapat membantu mengurangkan tekanan atau stress mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat boleh menyumbang kepada sokongan emosi dan dapat bantu melegakan perasaan seseorang.
 
 

4. Berkongsi perasaan

 
Apabila ada masalah sebaiknya kita mencari seseorang yang kita percayai untuk meluahkan masalah. Ini kerana luahan perasaan dapat mengurangkan tekanan diri sekaligus dapat mengelakkan tekanan berlebihan yang boleh memudaratkan diri.
 
 

5. Beriadah

 
Aktiviti riadah amat penting bukan sahaja untuk fizikal malahan mental dan emosi. Badan yang cergas melahirkan minda yang cerdas.

6. Berehat dan berurut

 
Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri. Gunakan masa yang lapang untuk pergi ke tempat yang dapat memberikan ketenangan seperti Spa,Saloon dan sebagainya.
 
 
kawal tekanan diri
 
 
Semoga bermanfaat
 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
 
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
 
https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart