Ketika dalam masalah, sikap perlu dijaga. Ini kerana setiap yang hidup pasti akan diuji. Tidak kira apa juga masalah yang datang, anda harus kekal tenang dalam mencari solusi dan menanganinya.
Setiap masalah yang datang itu pasti ada jalan penyelesaian terbaik dan hikmah di sebaliknya. Kerna Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia.
Perkara paling penting ketika dalam masalah ialah
1. Sabar
Orang yang bersabar mendapat tingkat yang tertinggi di mata Allah. Memang mudah untuk dilafazkan tapi percayalah “ Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah: 153)
2. Kekal positif
Apabila kita kekal positif, semua masalah akan dapat dipandang secara rasional dan solusi akan mudah dicari. Ia boleh menjaga kesihatan mental dan stress akan berkurangan. In shaa Allah
3. Hadapi realiti
Segala kekalahan dan kegagalan itu tidak kekal selamanya. Percayalah dengan aturan Allah dengan merima masalah itu, redha dan usaha untuk menyelesaikannya. Serahkan urusan kita kepada Allah SWT. Dia tidak menguji dengan masalah yang diluar kemampuan hambaNya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah Al Baqarah , ayat 286).
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Jom singgah telegram saya untuk mendapatkan lebih banyak info yang bermanfaat Inshaa Allah #notakehidupanDrAzura
https://t.me/drazuraofficial