Langkah untuk berjaya?
Harini saya nak kongsikan tips yang boleh dilakukan untuk berjaya.
3 PERKARA ATAU LANGKAH UNTUK BERJAYA
“… Jika Anda Bekerja Cukup Keras Dan Menegaskan Diri, Serta Menggunakan Fikiran Dan Imaginasi Anda, Anda Boleh Membentuk Dunia Sebagaimana Yang Anda Inginkan.” – Malcolm Gladwell
Pentingnya mempunyai atau mengamalkan tabiat harian yang baik dalam memastikan hari hari yang berlalu tidak berlalu begitu sahaja.
Dengan ini, ia membantu kita untuk menjadi seorang yang teliti terhadap keadaan sekeliling yang dapat mempengaruhi hari hari kita dalam mencapai kejayaan.
Terdapat kajian mendapati bahawa, orang yang teliti adalah yang paling berjaya dalam kejayaan objektif dan subjektif.
Mereka berupaya memberi tumpuan terhadap apa yang penting dan mendedikasikan usaha sepenuh mereka untuk mencapai matlamat mereka.
“Sifat ketelitian turut membantu individu-individu mengekalkan perhubungan sosial yang sihat, yang merupakan kunci untuk mencapai kesejahteraan diri. Individu yang bersifat teliti lebih cenderung untuk mengelakkan konflik interpersonal yang remeh-temeh dan meleraikan perselisihan faham apabila ia muncul.”
1. Merancang hari kita malam sebelumnya
Satu cara untuk menentukan masa kita tidak terbuang dan penggunaan masa kita yang lebih efektif adalah untuk kita merancang hari sehari sebelumnya. 10 – 20 minit perancangan akan menjimat sehingga 3-4 jam dari masa kita keesokannya!
Ia juga secara tidak langsung dapat membantu kita untuk lebih produktif keesokkan harinya kerana kita sudah tahu apa yang ingin dibuat atau tugasan apa yang perlu diselesaikan, ia juga dapat membantu kita lebih fokus dalam menyelesaikan tugas serta kita dapat membahagi masa dengan baik.
2. Buat rutin pagi harian yang produktif
Dengan membuat rutin yang sama di pagi hari, dapat sedikit sebanyak memberikan mood pagi yang ceria.
Bangun awal pagi, selesaikan perkara perkara atau rutin pagi dengan ceria serta hidupkan mood sebelum memulakan hari panjang kita dan sebelum memulakan kerja kerja pejabat misalnya.
3. Ambil sedikit masa untuk diri sendiri
Memberikan ruang untuk diri sendiri adalah sangat penting. mempunyai masa untuk diri sendiri juga penting dan ia memberikan banyak kebaikan diri sendiri dan juga orang disekeliling.
Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja sebenarnya tidak elok untuk diri. Hal ini kerana, kita pasti merasa stress dan letih dengan rutin harian.
Jadi, walau sesibuk mana pun kita, jangan lupa tentang diri sendiri.
Curi sedikit masa untuk diri sendiri seperti bersenam, dekatkan diri dengan sang pencipta. Jadi untuk itu, kita seharusnya mempunyai masa untuk diri sendiri.
Kalau hari-hari sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuk diri pun stress jugak, kan?
Kesihatan pun perlu dijaga dan ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang rendah. Berikut merupakan lima tips meluangkan masa untuk diri sendiri.
“UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN, KITA PERLU BERUSAHA, TABAH HATI DAN BERDAYA TAHAN.”
Insha Allah
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Handwriting Personality dan Cara Mengenal Pembohong Melalui Tulisan Tangan
Handwriting personality atau analisis tulisan tangan ialah satu kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan sifat keperibadian seseorang melalui cara mereka menulis. Teknik ini membolehkan kita