Malas yang baik??
ada ke?
Mesti anda pelik kan masa baca tajuk?
Eh, malas pon bagus ke??
Ini bukan malas biasa, ini malas luar biasa. Jom saya kongsikan 3 rasa malas yang bagus:
1. MALAS MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN
“Comparison is an act of violence against the self.” – Iyanla Vanzant
Kerana setiap makluk yang diciptakan di bumi ini ada bahagian rezeki masing-masing dan tak perlu kita bandingkan.
Setiap dari kita bertujuan untuk melengkapi sesama kita. Contoh yang paling mudah, kita bersedekah dengan niat membantu orang lain.
2. MALAS CAMPUR URUSAN ORANG LAIN
Be curious, not judgmental – Walt Whitman
Kita tak tahu sebetulnya background orang itu dan kenapa dia bertindak sebegitu. Doa yang baik-baik dan dont judge.
3. MALAS MENYIMPAN DENDAM
Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan – (HR Bukhari dan Muslim)
Ini malas yang paling baik kerana dendam hanya akan membuatkan hati kita bertambah sakit. Akhirnya siapa yang tanggung kesakitan tu? Diri kita. Jangan berdendam dan serahkan semua kepada Allah Ya Mukmin Ya Fattah. In shaa Allah
Semoga bermanfaat, In shaa Allah
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial