Manfaat tidur awal.
Peringatan buat diri sendiri.
Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3 jam sahaja!
Saya cuba tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3 pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.
Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.
Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, ketika saya “tanpa rela” sering tertidur pada pukul 9 malam. Seterusnya secara automatik, sekitar jam 2 pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti-aktivit rutin saya tanpa rasa mengantuk! Saya pelik!
Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal. Saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.
Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat.
Tetapi cukup dengan tidur selama 3 JAM SAHAJA.
Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 MALAM HINGGA 12 MALAM‼️ (tetapi kita di zaman sekarang ini kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dan bangun jam 2 pagi, itu sudah lebih daripada baik).
Berdasarkan sunnah, Rasulullah SAW sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat.
Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat ‘Baraka’ di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur. Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.
Waktu tidur yang perlu dikurangkan atau dielakkan:
Dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah ‘dream sleeping’ yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.
Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.
Pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.
Dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu ‘serotonin’ iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun. Bagi mereka yang solat Subuh dengan ‘Jamat’ dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.
Pembebasan ‘melatonin’ oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.
Jadi, jika seseorang mendapat ‘Alzheimer’ dan permulaan ‘Dementia’, bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.
Wallahualam.
Mari Manfaatkan Waktu Tidur Kita
Oleh itu, 3 jam adalah bersamaan dengan 9 jam tidur sebab itu ramai yang bangun tersedar pada pukul 1 pagi. Ini kerana badan kita telah “fully charge”. Ianya seperti telefon kita juga apabila sudah 100% penuh, cabutlah sumber “charge”nya.
Apakah kesan kalau “overcharge”?
Macam mana nak tidur pukul 9 kalau sudah terbiasa tidur lambat?
Nanti susah nak tidur.
Senang sahaja! Kita hanya perlu lakukan perkara-perkara ini sebelum tidur:
1️. Tutup phone, wifi, data, TV dan lampu.
2️. Apabila hendak tidur, Talk to Allah.
“Ya Allah, datanglah dekat aku, aku sudah jauh dari mu…aku nak kamu Allah…kejutkanlah aku pukul 3, aku nak bertaubat, aku nak sucikan kolam aku..bantu aku yang Allah….”
3️. Tenangkan diri. InsyaAllah 30 minit boleh tidur bagi yang susah tidur
Pada hari pertama, ianya memang rasa susah nak tidur.
Tetapi pada hari yang berikutnya, kita tidak perlu buat apa-apa akan terus tidur sendiri. Sudah ramai yang berkata begitu. Hari pertama susah tidur tetapi keesokkannya senang sungguh untuk tidur!
Apabila badan sudah penat. Ini adalah tidur yang terbaik! Tidur yang paling bagus adalah tidur yang tidak bermimpi langsung! Bukan tidur-tidur ayam. Tidur yang bermimpi ini tidak bagus kerana otak kita sentiasa bergerak.
Oleh itu, jika mahukan tidur yang terbaik atau deep sleep kita perlu mula dengan tidur awal dahulu pada pukul 9. Deep sleep ini hanya cukup 3 hingga 4 jam sahaja sudah cukup untuk sehari.
Pada kali pertama bangun pada pukul 3 pagi memang akan rasa mengantuk.
Jadi boleh tidur dahulu untuk hari pertama. Tunggu sehingga esok apabila dapat deep sleep. Kita akan rasa segar keesokkannya dan tidak mengantuk sehingga subuh.
Dan inilah waktu yang dipanggil THE GOLDEN TIME!
Buat yang uzur, manfaatkan waktu tidur ini dengan tanam azam untuk bangun tahajjud juga. Boleh zikir sebanyak mungkin dan doa banyak-banyak. Sebab waktu ini adalah GOLDEN HOUR untuk doa dimakbulkan.
InshaAllah, kita tanam azam kuat-kuat. walaupun uzur tetap masih boleh beribadah dan jumpa Allah SWT. InshaAllah kita boleh wahai sahabat!
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah