Nak hidup tenang dan bahagia? Jom saya share beberapa tips yang boleh diamalkan.
1. JANGAN BANDINGKAN HIDUP KITA DENGAN ORANG LAIN
Kunci kebahagiaan dan ketenangan itu adalah jangan sesekali kita bandingkan hidup kita dengan orang lain. Mungkin kita tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang hidup mereka.
Dia ada rezeki dia, kita ada rezeki kita. Dia bahagia dengan cara dia, kita bahagia dengan cara kita. Istilah bahagia tidak sama bagi setiap orang.
Rezeki itu pasti datang bezanya antara cepat atau lambat saja. Tuhan tahu apa yang terbaik buat kita.
Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang ini. Dengan rasa syukur akan membuatkan hati seseorang jadi tenang dan bahagia.
2. JANGAN BERSEDIH BERLEBIHAN
Jangan pernah bersedih secara berlebihan, meskipun masalah itu datang tanpa henti. Dalam hidup ini kita memang sentiasa ada masalah. Tapi, syukurlah kita mempunyai sahabat-sahabat dan keluarga yang dapat menguatkan hati kita ini.
Sokongan dari mereka juga membuatkan hati yang bersedih ini mampu tersenyum.
Tidak perlu kita bersedih yang berlebihan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Percayalah! Pasti ada suatu yang lebih baik yang akan digantikan. Jangan bersedih lagi.
3. BERDAMAILAH DENGAN SEMUA ORANG
Kadang hati jadi tidak tenang kerana kita terlalu sukar untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita.
Maafkanlah walaupun tidak dapat mengubah apa yang sudah terjadi, tapi sekurang-kurangnya dapat melatih hati menjadi lembut dan baik.
Oleh itu, berdamailah dengan semua orang, pasti hadir ketenangan dan kebahagian dalam diri.
4. JANGAN IRI HATI DENGAN KESENANGAN ORANG LAIN
Untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup, jangan sesekali ada perasaan iri hati dengan kesenangan orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang ini.
Setiap manusia telah ditetapkan rezekinya oleh Allah dan rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, bukan hanya dalam bentuk wang dan harta sahaja. Kesihatan, kedamaian, ketenangan, sahabat baik itu juga merupakan rezeki.
Jadi bersyukurlah..
5. MOVE ON DARI MASA LALU
Jangan terlalu memikirkan masa lampau yang pernah membuatkan kita rasa kecewa dan sedih suatu ketika dahulu. Kadang kala dengan rasa sedih itu, kita akan terbawa-bawa ke hari berikutnya dan ianya juga akan menghancurkan kegembiraan kita pada masa depan.
Untuk dapatkan ketenangan dan kebahagian, kita harus melangkah ke depan tanpa memikirkan perkara yang menyakitkan. Kita harus move on dari masa lampau dan terus maju ke depan
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial