Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
( Ar-Ra’d 13:11)
Berhijrah ke arah yang lebih baik itu adalah sebuah proses yang dimulai dengan langkah kecil tetapi istiqmah dalam melakukannya. Oleh itu, marilah kita niatkan setiap hari untuk menjadi yang lebih baik!
Berhijrah Untuk Menjadi Lebih Baik
Sentiasa melihat sekeliling dengan mata hati.
Memohon supaya Allah Ya Fattah membuka dan menukar cermin mata pandangan kita kepada kesyukuran dan kebahagian.
Apabila bersyukur, pasti Allah tambah hikmah.
Rezeki yang tersekat akan terbuka. Flow mengalir dengan cantik. Dan Allah akan hadirkan banyak ‘surprises’ setiap hari.
Memandang setiap insan di sekeliling sebagai saudara kita.
Umat Nabi Muhammad yang dirindui dan didoakan oleh Nabi. Hilanglah rasa kedengkian dan keakuan. Hadirlah rasa kasih sayang dan sifat nak membantu.
Berhenti melihat salah orang sekeliling.
Berhenti komplen. Berhenti merungut. Mulakan dari makanan, syukur sahaja makanan di depan mata. Itu semua rezeki dari Allah Ya Razzaq. Komplen tak sedap? Umpama komplen rezeki dari Allah.
Melihat setiap satu ujian dari Allah adalah untuk memantapkan diri menjadi lebih baik.
Persediaan Allah untuk beri exponential success dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Ingin tahu rahsia bagaimana untuk bina dan capai impian yang lebih holistik?
Jom sertai Webinar Vision Board Holistik Edisi 2022!
Klik link ini untuk daftar sekarang: https://drazurahashim.com/vbh/