Perkara yang harus dielakkan. Setiap perkara itu ada kata yang berlawanan untuk kita pandang dari sudut yang lain.
Jangan biarkan 3M ini berpanjangan dalam diri anda kerana kita perlu mengekalkan semangat yang hebat untuk mencapai impian-impian yang tertulis dalam Vision Board.
3 PERKARA YANG HARUS DIELAKKAN
1. Jangan MARAH, Mesti SABAR
Menutur sabar itu mudah, tetapi tidak semudah itu ia mampu melunturkan perasaan gundah dan negatif seseorang pada situasi yang dihadapinya terutama kepada yang masih buntu penyelesaian.
“Mereka itulah orang yang dibalas dengan martabat tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya”
(Al-Furqan: 75)
2. Jangan MALAS, Mesti RAJIN
Orang miskin jadi berjaya? ADA!
Tetapi TIADA orang malas akan berjaya.
“Salah satu pengkerdilan terkejam dalam hidup adalah membiarkan pikiran yang cemerlang menjadi budak bagi tubuh yang malas, yang mendahulukan istirahat sebelum lelah.” – Buya Hamka
3. Jangan MALU, Mesti BERANI
“Malu bertanya sesat jalan”
Dalam hidup ini, kita jangan malu, lebih-lebih lagi dalam hal mencari ilmu. Kerana ianya tidak mendatangkan manfaat dalam diri anda.
Semoga bermanfaat!
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial