Potensi anak-anak adalah anugerah daripada Allah
Malah, setiap anak adalah amanah dari Allah.
Bukan kita yang memiliki mereka, sebaliknya Allah Ya Malik yang Maha Memiliki.
Bersama mereka, Allah cukupkan dengan P. O. T. E. N. S. I. tersendiri.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan P.O.T.E.N.S.I. mereka tersendiri?
Mari kita kupaskan satu per satu POTENSI anak-anak kita yang hebat dalam nukilan artikel ini. Jom!
POTENSI Anak-Anak Yang Perlu Diketahui
POSSIBILITY
Setiap anak adalah yang kurniaan yang terbaik.
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (95:4)
OUTSTANDING
Setiap anak adalah khalifah dimuka bumi.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” (2:30)
THANKFUL
Sentiasa bersyukur atas setiap rezeki.
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. 14:7
ENCOURAGE
Berikan galakan dan sokongan. Bukan sahaja dari segi fizikal, malahan emosi dan spiritual. Bina ketahanan dalaman, in shaa Allah apa yang terjadi boleh diharungi.
“Dan hanya kepada Tuhanmulah (Allah SWT), hendaknya kamu berharap. (Surah Al-Insyirah)
NETWORK
Menjaga network yang sebenar. Hablumminallah Habluminannas
“Allah Ya Roqib engkau dekat, Penuh kasih sayang, takkan pernah engkau biarkan hamba Mu menangis”
Letakkan segala niat kerana Allah. Mendidik mereka kerana amanah.
SUCCESS
Serahkan segalanya pada Allah. Allah Ya Wahhab Ya Karim yang maha membantu walau tanpa diminta.
Surah al-Imran, ayat 160:
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.”
IMPOSSIBLE
Memungkinkan yang mustahil bila bersama dengan Allah.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (2:186)
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah