Sesuaikan persekitaran baru tidak mudah.
Pernah tak mengalami perubahan persekitaran??
Contoh macam tukar tempat kerja, pindah kediaman, kematian orang yang rapat dan sebaginya.
Perubahan itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Mungkin akan hadir perasaan takut dan gemuruh sebab tak biasa dengan tempat, orang dan keadaan itu.
Tetapi kita perlu segera menyesuaikan diri dengan perubahan baru.
FORMULA SESUAIKAN DIRI DENGAN PERUBAHAN BARU:
1. Dapatkan maklumat
Dapatkan maklumat tentang tempat baru itu supaya kita bersedia apabila melangkah kesana. Sebagai contoh, fasiliti apa yang ada di sekitar tempat tersebut. Mengambil tahu tentang hal begini akan dapat membantu dan memudahkan diri untuk masa akan datang.
2. Percaya terhadap diri sendiri
Siapa harus percaya diri kita melainkan diri kita sendiri. Ini kerana Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hamba Nya. Yakin! Banyakkan berdoa. In shaa Allah boleh!
3. Sentiasa ingat apa impian kita
Untuk mencapai impian pasti ada halangan dan ujiannya. Kadangkala perubahan yang besar terpaksa berlaku. Perubahan yang dilakukan itu pasti untuk memenuhi impian kita. Jadi jangan sesekali sia-siakan peluang yang ada. Rancang sebaik mungkin untuk mencapai impian tersebut.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
? https://t.me/drazuraofficial