Untuk jadikan mata sentiasa melihat kepada kasih sayang, pastikan hati penuh dengan sifat kasih sayang dahulu.
Hati kita ini ibarat telaga kata para Ulama.
Telaga ini jika airnya tidak ditukar, maka lama-lama airnya akan keruh.
Dan jika telaga itu mendapat curahan air yang baru, air di dalam telaga juga akan jadi segar.
Strategi Membentuk Kasih Sayang
1. Murnikan kalbu dengan solat Taubat dan istighfar
Dengan kita meminta ampun pada Allah, dengan bersolat taubat dan istighfar maka Allah akan mencurahkan rahmat, kasih sayangNya kepada kita.
Jadi mudah untuk kita berkasih sayang.
Bukan itu sahaja, kita perlu memaafkan semua orang dan membaca Al-Quran setiap hari.
2. Sayangi diri sendiri dahulu
Kalbu yang murni mudah untuk memberikan kasih sayang.
Bila hati kita bersih, maka kita akan sayang pada diri sendiri, terima diri kita seadanya, redha dan bersyukur dengan apa yang kita ada.
Itu adalah wadah bagi kita, agar mudah berkasih sayang kepada orang lain.
3. Cari sebab untuk melakukan sesuatu
Jika kita berbuat sesuatu dengan bersebab, jadi mudah untuk kita berkorban apa sahaja serta mempamerkan hikmat sayang yang maksimum.
Semoga Allah Ya Nur Ya Haadi Ya Haq sentiasa memimpin kita di jalanNya.
Aamiin
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Ingin melakukan transformasi diri?
Jom dapatkan Jurnal Grafologi Diri sebagai teman anda dalam mentransformasikan diri!
Klik di sini untuk dapatkannya!