Sukar Untuk Fokus? Ketahui 6 Cara Memperbaiki Menambah Baik Tahap Konsentrasi Anda

Fokus

Bagi mereka yang senang hilang fokus semasa buat kerja, ia akan mengganggu proses dan boleh menyebabkan anda sukar menyiapkan kerja dalam ‘target’ masa yang anda mungkin telah tetapkan.

 

Ini akan memberi impak yang negatif seperti menghasilkan hasil kerja yang tidak berkualiti.

Jika tindakan tidak diambil, ia akan terus mengakibatkan prestasi kerja anda untuk terus merosot.

Oleh itu, di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang perkara ini dan 6 cara yang anda boleh ikut untuk memperbaiki tahap konsentrasi anda.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui rahsia memperbaiki tahap konsentrasi anda.

Mengapa Sangat Penting Untuk Kita Fokus?

fokus

Ia adalah satu perkara yang membolehkan kita untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu perkara. Tahap yang tinggi membolehkan anda untuk bekerja tanpa gangguan.

Ia akan memberi impak kepada produktiviti anda.

Jika anda mampu mengawal diri anda dari diganggu oleh perkara seperti gajet atau perkara lain, ia akan membantu anda untuk bekerja dengan sangat bagus dan berkualiti.

Bagi pelajar sekolah atau universiti, perkara ini sangat penting untuk mereka membuat kerja yang mempunyai tarikh penyerahan yang biasanya tidak lama dari tarikh ia diberi.

Jika mereka tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya, mereka akan leka dan membuat kerja tersebut dengan sambil lewa dan hanya akan terburu-buru semasa tarikh penyerahan sudah dekat.

Ini akan menyebabkan kerja yang mereka lakukan tidak berkualiti dan akan memberi markah yang tidak memuaskan untuk mereka.

Sebaliknya, jika mereka mempunyai tahap fokus yang tinggi, mereka akan melakukan kerja dengan cepat dan senang. 

Ini membolehkan mereka untuk mendapat markah yang bagus dan juga akan memberi impak positif kepada kesihatan mereka kerana mereka tidak stres.

6 Cara Memperbaiki Tahap Konsentrasi Anda

fokus

Di bahagian artikel ini, kami akan mencadangkan kepada anda 6 cara yang anda boleh rujuk untuk memperbaiki tahap konsentrasi anda. 

  1. Rehat

Salah satu perkara yang sangat penting untuk mereka yang membuat kerja atau perkara lain adalah untuk mengambil masa untuk berehat.

Ini kerana badan dan minda kita perlu masa untuk berehat. 

Jika ini tidak berlaku, ia boleh menyebabkan anda menghadapi burnout di mana anda tidak akan lagi semangat dan tidak mampu buat kerja kerana  anda terlalu letih dan stres.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengambil rehat selama 15-20 minit bagi setiap 1-2 jam bekerja.

Rehatkan minda anda, ia akan memberi impak yang sangat positif.

  1. Membuat Senaman

Jika anda mempunyai masalah untuk fokus semasa kerja, membuat senaman pada setiap hari juga boleh membantu untuk meningkatkan tahap konsteransi anda.

Bak kata pepatah badan sihat otak cerdas, anda akan lebih senang untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerja anda kerana badan anda dalam keadaan yang sihat dan cergas.

Anda tidak perlu mempunyai barang untuk membuat senaman kerana semua perkara ni boleh dilakukan hanya dari bilik anda sahaja.

Ia sangat mudah dan juga seronok bagi sesetengah orang.

  1. Melakukan Aktiviti Cergas Otak

fokus

Anda juga disarankan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melatih otak anda untuk menjadi lebih cergas. 

Antara aktiviti yang anda boleh melakukan adalah catur, jigsaw puzzle dan juga sudoku. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan membantu anda untuk meningkatkan tahap konsentrasi anda.

Ini berdasarkan satu kajian yang dilakukan pada 2015 di mana pakar mendapati bahawa orang dewasa dapat meningkatkan tahap konstresnasi mereka menerusi aktiviti-aktiviti tersebut.

  1. Mendapat Tidur Yang Cukup

Salah satu sebab yang menyebabkan anda tidak boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya adalah kerana anda tidak tidur dengan cukup.

Anda dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya 7 jam pada setiap malam. Ini memberi masa yang secukupnya untuk sistem badan untuk berehat.

Dengan tidur yang berkualiti dan cukup, ia membantu anda untuk membuat kerja dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh.

Ini akan membolehkan anda untuk menghasilkan kerja yang sangat berkualiti kerana anda dapat memberi fokus yang sepenuhnya kepada kerja anda.

  1. Mendengar Muzik

Bagi sesetengah orang, mereka hanya boleh membuat sesuatu kerja atau perkara sekiranya mereka sedang mendengar lagu semasa membuat perkara itu.

Jika anda tidak pernah mencuba perkara ini, anda disarankan untuk membuat demikian kerana ia boleh meningkatkan tahap konstrenasi anda.

Anda perlu memilih lagu yang sesuai kerana terdapat lagu yang tidak sesuai untuk didengar semasa buat kerja. 

  1. Makan Dengan Cukup

Diet anda juga memainkan peranan yang sangat tinggi untuk membantu anda memberi tumpuan dengan lebih bagus. Ini kerana ia boleh memberi tenaga yang secukupnya kepada anda.

Jika anda tidak makan dengan betul atau cukup, ini akan menyebabkan badan anda letih dan tidak bertenaga. Ia akan memberi kesan yang buruk kepada minda anda.

Oleh itu, anda perlu makan dengan cukup dan juga diet yang sempurna supaya badan anda dalam keadaan yang sihat.

Kesimpulannya, semua orang perlu mempunyai tahap fokus yang tinggi semasa buat kerja supaya dapat hasil yang berkualiti.

Adakah anda mencari platform untuk mentransformasikan diri anda untuk menjadi seseorang yang lebih hebat?

Jika jawapan anda adalah YES! Anda boleh seminar dan mengikuti latihan yang dilakukan oleh Dr Azura Hashim. 

Beliau menggunakan pelbagai cara dan langkah untuk membantu anda mencapai potensi. 

Dengan ini, anda dapat mengubah diri anda mampu melakukan perkara yang anda tidak dapat melakukan sebelum ini.

Jom! Sertai Webinar Vision Board Holistik untuk memperbaiki cara pemikiran dan habit untuk capai impian kita dengan lebih mudah dan sentiasa bersemangat. 

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart