Bagaimana Memberi Fokus Pada Diri Sendiri

fokus pada diri sendiri

Pentingkah Memberi Fokus Pada Diri Sendiri?

 

Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk yang tersayang, tetapi sejauh mana kita cintai diri sendiri?

Maka, di sini pentingnya memberi fokus pada diri sendiri kerana tidak ada sesiapa yang lebih mengenali diri kita selain kita sendiri. Justeru itu, hala tuju dalam kehidupan kita juga ditentukan oleh diri kita sendiri. Apa yang kita inginkan akan berlaku mengikut apa yang dikehendaki.

3 Perkara Penting Bagaimana Memberi Fokus Pada Diri Sendiri

 

Bina Hubungan Dengan Diri Sendiri.

 

 

Fikirkan hubungan kita dengan diri sendiri seperti mana hubungan kita dengan orang lain. Apabila kita berfikir untuk membina hubungan yang sihat dengan orang lain, keluarga atau sahabat kita,

Tentulah kita juga ingin mengetahui tentang harapan dan impian mereka, keinginan dan ketakutan mereka, nilai dan apa keutamaan dalam hidup mereka.

Namun, apabila menyangkut tentang diri kita sendiri pula, mungkin terlalu sedikit orang yang mahu bertanyakan soalan seperti ini kepada diri mereka sendiri.

Walaupun begitu, kita mesti berusaha. Utamakan diri kita sendiri. Hargailah diri kita dengan sebaiknya seperti melakukan Jurnal ‘Self Love’. Anda pernah mendengarnya? Cukuplah luangkan masa menulis sekitar 10 – 15 minit tentang diri kita sendiri.

Disitu, kita akan menggali dengan lebih mendalam dan dapat belajar menentukan diri kita sendiri supaya selari dengan tindakan kita di dunia ini dan dapat menggambarkan diri kita yang sejati dan bukan topengan.

 

Belajar Bagaimana Mempercayai Diri Sendiri.

 

 

Mungkin sebab terbesar orang menghabiskan banyak tenaga adalah kerana mencari jawapan yang di luar diri mereka sendiri, atau dengan erti kata yang lain, mereka tidak mempercayai kemampuan apa yang mereka ada.

Kita mungkin mendapat bimbingan daripada dalam untuk memulakan sesuatu projek, rasa ingin tahu untuk meneroka atau tujuan yang akan ditetapkan, tetapi tiba-tiba kita seperti membuang masa dengan bertanya kembali ke dalam diri “Eh, apa betul yang aku buat ni?”,

Kerana kita terlalu bimbangkan orang lain akan berkata sesuatu dibelakang kita, lalu kita pun takut kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini ataupun gagal.

Walaupun kita tahu apa yang kita mahu lakukan, tetapi jika sekiranya kita tidak mempercayai kemampuan diri sendiri, kita mungkin akan menghadapi halangan yang seterusnya, dan kita tidak tahu apa cara untuk mengatasinya.

 

Mengenal Pasti Sesuatu Dalam Diri Anda Yang Ingin Anda Kembangkan Dan Kerjakan Setiap Hari.

 

 

Kita hidup sebagai manusia dan kita selalu ingin melakukan perkembangan dalam hidup. Seperti gambar sekolah zaman dahulu yang lama yang versi hitam putih, kita di era ini pula bertindak untuk mengembangkannya menjadi versi berwarna-warni sejajar dengan perkembangan zaman terkini.

Begitu juga dengan diri kita sendiri, ada suatu potensi yang perlu digali dalam diri kita dan berikutnya mengembangkan setiap potensi dalam diri kita agar menjadi suatu yang nyata serta bermanfaat kepada masyarakat sekeliling kita.

Caranya ialah, kita berusaha menumpukan perhatian pada satu perubahan yang ingin dilakukan pada satu-satu masa sehinggalah ianya menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan kita.

 

 

Hanya kita yang boleh mengubah diri kita!

Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup kita dengan jelas agar kita mempunyai hala tuju yang mantap dalam kehidupan kita.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.

(Surah Ar-Rad:11).

 

InshaaAllah…Segala perkongsian ini dapat kita hadamkan dan manfaatkan bersama-sama dengan izin Allah jua.

 

Wallahu’alam

Lahawlawala quwwata illa billah.

 

Nak sentiasa fokus ?

Dapatkan Planner Transformasi di sini.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart