Tinggalkan Tabiat-Tabiat Ini Untuk Maju Ke Hadapan

Tinggalkan Tabiat Negatif

Tanpa sedar, kita memiliki tabiat yang harus kita tinggalkan untuk maju ke hadapan.

Sudah menjadi lumrah bahawa kehidupan kita ini akan sentiasa adanya kesedihan dan juga kekecewaan. Namun begitu, sewajarnya kita jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dengan minda yang positif berserta doa dan usaha membina kehidupan yang lebih baik.

 

Tabiat Yang Harus Anda Tinggalkan Untuk Maju Ke Hadapan

 

 

 

1. Membiarkan Pendapat Orang Lain Menguasai Anda

 

Bukan tentang apa yang difikirkan oleh orang lain, apa yang penting adalah apa yang difikirkan oleh diri anda sendiri.

Anda harus memprioritikan perkara yang bagus buat diri anda sendiri, bukan yang bagus untuk orang lain.

 

2. Rasa Malu Atas Kegagalan Masa Lalu

 

Masa lalu anda bukanlah penentu masa sekarang anda. Apa yang penting adalah perbuatan yang anda lakukan pada masa sekarang ini.

 

3. Tidak Yakin Dengan Apa Yang Anda Mahukan

 

Anda tidak akan dapat berbuat sesuatu itu jika masih tidak yakin apa yang anda mahu lakukan. Putuskan terlebih dahulu apa keputusan anda itu dan seterusnya lakukanlah yang terbaik!

 

4. Menunda-Nunda Matlamat Penting Anda

 

Masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 20 tahun yang lalu, masa kedua yang terbaik adalah masa sekarang, masa untuk kita menikmati hasilnya.

Apabila kita selalu menunda-nunda untuk melakukan sesuatu kebaikan, maka hasilnya akan lambat ‘dipetik’ atau kita mungkin ketinggalan peluang keemasan tersebut.

 

 

5. Memilih Untuk Tidak Melakukan Apa-Apa

 

Setiap hari adalah peluang baru untuk kita memilih. Kita boleh memilih untuk menuju pada sesuatu destinasi yang kita mahukan dalam kehidupan ini.

Anda juga boleh menentukan kehidupan yang bagaimana yang anda mahukan sekarang. Di dalam hidup ini kita diberi banyak pilihan, pilihlah dengan mendapatkan petunjuk dan bimbingan daripada Allah.

 

6. Lari Daripada Masalah Yang Harus Diperbaiki

 

Berhenti melarikan diri! Hadapilah setiap isu dengan berani, perbaikilah masalah yang sedang dihadapi. Berkomunikasi, memberi penghargaan, memaafkan dan menyayangi orang disekeliling anda yang benar-benar memerlukannya.

 

7. Membuat Alasan Dan Bukannya Keputusan

 

Kebanyakan kegagalan jangka panjang adalah hasil daripada seseorang individu yang suka membuat alasan dan bukannya membuat keputusan.

 

8. Tidak Menghargai Masa Sekarang

 

Terlalu sering kita berusaha untuk mencapai sesuatu yang besar tanpa menyedari bahawa bahagian yang terbesar dalam kehidupan itu adalah terdiri daripada perkara-perkara kecil.

Mulakan kejayaan dengan melakukan perkara kecil dahulu, misalnya; mengemaskan katil, atau membersihkan kotoran di atas meja makan.

Ingin Maju Ke Hadapan? Tinggalkan Tabiat-Tabiat Ini!

 

InshaaAllah…Segala perkongsian ini dapat kita hadamkan dan manfaatkan bersama-sama dengan izin Allah jua.

Kerana Allah Ya ‘Alim jua yang memberikan kefahaman itu kepada kita semua.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahu’alam

Lahawlawala quwwata illa billah.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart