5 Kepentingan Kepimpinan Untuk Mencapai Kejayaan

kepentingan kepimpinan

Kepimpinan memang tidak dapat dinafikan sangat penting untuk sesebuah organisasi untuk mencapai kejayaan.

 

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda 5 kepentingan kepimpinan yang anda perlu tahu jika anda ingin menjadi seorang ketua.

 

5 Kepentingan Kepimpinan Anda Mesti Tahu

  1. Menjadi Tempat Rujukan 

kepentingan kepimpinan

Jika anda adalah ketua sebuah kumpulan atau organisasi, anda akan menjadi tempat rujukan bagi pekerja atau ahli yang bawah pimpinan.

Mereka akan ke anda jika terdapat masalah atau jika mereka memerlukan bantuan dalam apa-apa perkara mengenai kerja mereka.

Mereka mengharapkan anda tahu apa yang perlu dibuat kerana pemimpin biasanya merupakan orang yang paling bijaksana tentang kerja sesebuah syarikat.

Selain ahli di bawah anda, orang luar yang berminat dengan syarikat anda juga akan rujuk kepada anda jika mereka mempunyai soalan atau pertanyaan.

Ini kerana mereka mengganggap ketua yang paling arif tentang operasi sesebuah syarikat dan mengharapkan anda untuk menceritakan operasi secara terperinci kepada mereka

Oleh itu, sebagai ketua, anda perlu membuat kajian tentang kerja yang dilakukan oleh orang di bawah anda supaya anda boleh membantu mereka.

  1. Menjadi Teladan

Pemimpin juga menjadi teladan dan inspirasi untuk mereka di bawah jagaan mereka. 

Ahli atau pekerja lain akan lihat dengan teliti setiap perlakuan dan perkara yang dilakukan oleh anda kerana anda adalah ketua mereka.

Jika mereka lihat anda bekerja dengan keras dan melayan orang lain dengan baik, mereka secara tidak langsung akan mengikut kelakuan anda.

Orang luar juga akan menilai syarikat atau organisasi anda berdasarkan kelakuan anda kerana anda merupakan duta atau wakil kepada ahli di bawah anda.

Ini akan memberi kesan yang positif kepada semua orang yang terlibat termasuk diri anda kerana semua orang sedang buat kerja mereka dengan sebaik mungkin.

  1. Merancang Masa Hadapan

kepentingan kepimpinan

Kepentingan kepimpinan seterusnya yang anda perlu tahu adalah pemimpin bertanggungjawab untuk merancang rancangan untuk kebaikan organisasi anda pada masa hadapan.

Anda perlu memiliki rancangan yang bagus dan efektif supaya ia boleh mengekalkan atau menaikkan lagi prestasi syarikat atau organisasi anda.

Ini sangat penting kerana tidak akan berada di sebuah tempat selama-lamanya. 

Rancangan ini akan membantu syarikat untuk berjaya pada masa depan walaupun anda bukan pemimpinnya lagi.

  1. Pengurusan Krisis

Setiap kumpulan atau organisasi tidak akan mengalami kejayaan pada setiap hari. Namun terdapat juga hari atau masa di mana mereka mengalami cabaran atau krisis yang besar.

Di dalam situasi seperti ini, pemimpin bermain peranan yang sangat besar untuk mengeluarkan organisasi mereka dari masalah ini.

Anda perlu bekerja dengan lebih keras dan juga lebih masa supaya dapat membantu ahli anda. 

Sebagai ketua, anda yang bertanggungjawab untuk fikir dan melaksanakan cara untuk menyelamatkan syarikat anda. Ini mungkin memerlukan langkah yang drastik.

Sebagai contoh, jika syarikat anda sedang mengalami kerugian yang banyak, ia mungkin memaksa anda untuk melepaskan beberapa pekerja untuk menjimatkan kos.

Pemimpin perlu membuat pilihan sukar seperti ini pada bila-bila masa sahaja untuk kebaikan syarikat dan ahli atau pekerja di bawah jagaan mereka.

  1. Mengubah Nasib Organisasi

Jika syarikat anda sedang beroperasi dengan untung atau hasil yang sama seperti tahun, ia boleh menyebabkan masalah kerana anda mungkin ketinggalan dengan saingan anda.

Dengan itu, anda sebagai ketua perlu mengambil langkah untuk mencari langkah supaya dapat bertanding dengan syarikat lain.

Mungkin terdapat ahli yang berfikiran sama seperti anda tetapi mereka tidak berani untuk menyuarakan pendapat mereka. 

Anda boleh mengambil peluang untuk mendengar luahan mereka kerana ia mungkin boleh mengubah nasib syarikat anda.

Setiap syarikat atau organisasi perlu perubahan pada zaman yang akan datang kerana kemajuan syarikat lain. Pemimpin main peranan yang besar untuk mengenal pasti perkara ini.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan kepimpinan yang menunjukkan peranan yang pemimpin main untuk setiap organisasi atau kumpulan.

Adakah anda mencari platform untuk mentransformasikan diri anda untuk menjadi seseorang yang lebih hebat?

Jika jawapan anda adalah YES! Anda boleh seminar dan mengikuti latihan yang dilakukan oleh Dr Azura Hashim. 

Beliau menggunakan pelbagai cara dan langkah untuk membantu anda mencapai potensi. 

Dengan ini, anda dapat mengubah diri anda mampu melakukan perkara yang anda tidak dapat melakukan sebelum ini.

Jom! Sertai Webinar Vision Board Holistik untuk memperbaiki cara pemikiran dan habit untuk capai impian kita dengan lebih mudah dan sentiasa bersemangat. 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart