“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)
JAGALAH HATI
Mari kita berdoa dan bermohon kepada Allah supaya sentiasa dikurniakan hati yang bersih kepada kita.
Maka, jagalah hati kita dengan sebaik-baiknya dengan sedikit perkongsian tentang langkah-langkahnya di dalam coretan ini agar hati kita sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh Allah SWT. In Sha Allah.
1. Hati dan jiwa yang bersih
Mohon pada Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab. Ampunkan dosa-dosa dan terima taubat kita. Kita hamba yang penuh dengan dosa.
Allah Ya Quddus Ya Jalil bersihkan hati dan jiwa kita dari karat- karat dosa yang kita pernah lakukan atau yang kita tak sedar selama ini.
2. Cahaya dari Ilahi
Mohon Allah Ya Nur masukkan cahaya kecemerlangan kedalam diri kita. Sentiasa dibawah pimpinan Allah Ya Hadi Ya Haq supaya kita sentiasa di jalan yang benar.
Mohon juga dikurniakan cahaya Nur akhlak Nabi Muhammad ke diri kita. Rahmatan Lil Alamin.
3. Membuka hijab
Mohon Allah Ya Fattah buka seluas langit dan bumi pengampunan untuk kita semua. Dan Allah buka hijab antara kita dan sang Pencipta.
Sentiasa dibuka pintu rahmat untuk kita semua.
4. Lembutkan hati
Mohon Allah Ya Latif lembutkan hati kita yang keras ini agar gementar ketika disebut namaNya. Lembutkan juga hati, kata- kata dan kelakuan kita.
Kerana Allah itu sangat lembut dengan hambaNya. Begitu juga Nabi Muhammad sebagai uswatun hasanah.
5. Pagari jiwa
Mohon Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin lindungi dan pelihara hati kita dari bisikan syaitan dan nafsu.
Mohon Allah pelihara seluruh keluarga kita sebagaimana Allah pelihara hamba- hambaNya yang soleh.
6. Serahkan segalanya
Serahkan segalanya kepada Allah Ya Baari segala urusan mengikut agendaNya. Jangan risau- risau. Jangan pening- pening. Agenda Allah yang terbaik hingga ke syurga.
Mohon juga menjadi hambaNya yang sejati dan taat.
7. Kebijaksanaan akal dan fikiran
Mohon pada Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid pemilik segala ilmu di muka bumi ini supaya mengurniakan kita dengan kebijaksaan menjadikan kita khalifah Allah yang cemerlang.
Mohon juga Allah mengurniakan ilmu makrifat agar dapat mengenal Allah.
Proses kecemerlangan di dunia adalah dengan izinNya. Kita tiada daya upaya kerana segala-galanya adalah dari kurniaan Allah.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala Quwwata illah billah.