Siapa yang pernah alami stress di sini?
- Apabila kita mengalami tekanan, badan akan mengeluarkan beberapa hormon dan salah satu daripadanya adalah kortisol.
- Mengikut kajian, dalam 7 minit badan kita mengeluarkan kortisol, kita akan kehilangan 50% daripada IQ kita.
- Peningkatan pendedahan kepada kortisol, meningkatkan kebarangkalian kita menghidap kanser, ia akan memusnahkan profil hormon kita, memusnahkan estrogen dan juga testosteron.
- Gejala-gejala ini pada lelaki dan wanita adalah peningkatan berat badan. Ia memusnahkan keseimbangan biologi dalam usus kita dan sekiranya berterusan, ia adalah sesuatu yang tidak baik.
- Semakin lama dalam tekanan, kita sebenarnya menghalang keupayaan tubuh untuk membina semula dan menjana semula sendiri, membuang toksin, pendhidratan, pembaikan dalaman secara semula jadi.
Dan akibatnya adalah organ-organ dalaman dengan mudah akan bertukar ke dalam keadaan?
PENYAKIT
Itulah sebabnya, tekanan adalah pembunuh nombor satu di dunia ini.
Kini 80% daripada kebanyakan penyakit menyebabkan pengeluaran kortisol adalah akibat tekanan.
Apa tindakan kita?
Jom Atasi Stress
1. Jangan Mengelak Dari Tekanan
Aikkk..Kata jangan tertekan. Tapi tak bagi elak. Macamana tu?
Kebanyakan kita, tidak tahu yang mereka sedang dalam tekanan. Sebenarnya, jika mengelak daripada tekanan, akan mengalami lebih banyak tekanan.
Dan oleh sebab itu, jangan mengelak. Sebaliknya kena sedar dan hadapi tekanan dengan cara yang sihat.
2. Jaga Pernafasan
Jika sedar mengenai tekanan yang sedang di alami, kita akan bernafas dengan betul. Gunakan teknik bernafas enam – enam – enam.
Enam saat – tarik nafas
Enam saat – tahan nafas
Enam saat – hembus nafas
Teknik pernafasan yang betul adalah penting kerana melaluinya kita akan:
- Set semula sistem saraf autonomi.
- meningkatkan tindak balas imun.
- Meningkatkan kiraan sel darah putih
- Kebolehan untuk melawan bakteria, virus dan juga penyakit.
Ubah sedikit daripada sistem biologi dan biokimia kepada psikologi untuk menjadi tenang.
Bila tenang, tubuh akan mengeluarkan hormon DHEA yang tinggi.
Semakin tinggi DHEA, semakin rendah Kortisol.
Semakin rendah Kortisol, semakin tinggi DHEA.
Pentingnya DHEA Dalam Kehidupan
- Pelindung neural
- Meningkatkan sistem imun kita
- Membantu kelajuan metabolisma
- Membantu untuk membakar kalori
- Menjadikan tulang kita kuat.
Bila kita faham tentang konsep tekanan dan tenang. Mana satu pilihan kita ?
Sentiasa kita zikirkan Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Fattah. Memohon kasih sayang Allah dan dibukakan mata hati supaya sentiasa dibukakan jalan-jalan penyelesaian setiap isu juga masalah harian kita.
Aamiin
Wallahua’alam
Lahawlawala QuwwataIllabillah