Formula 3K Rumahtangga Bahagia

rumahtangga bahagia

Jom kita tengok bagaimana Rasulullah SAW mengajar kita teknik untuk bahagia dan sentiasa segar kasih sayang dalam rumahtangga.

 

Formula 3K Rumahtangga Bahagia

 

 

1. Komunikasi

Komunikasi adalah nyawa dalam satu-satu perhubungan.

Dengan komunikasi yang berkesan dalam rumahtangga adalah bila adanya hala tuju yang jelas dalam perkahwinan. Pastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal.

Orang perempuan pula, komunikasi adalah keperluan emosi pada mereka.

Kurang komunikasi kurang emosi. Semakin kurang bercakap semakin kurang rasa.

Maka konflik juga akan mudah tercipta.

Tips Komunikasi

Dengar. Jadi pendengar yang baik (active listener)

Akui. (Acknowledge) perasaan orang yang menyampaikan contohnya suami cakap beliau letih setelah pulang bekerja (faham apa yang pasangan rasa)

Faham. Ulang semula apa yang disampaikan untuk menunjukkan kita betul betul faham apa yang hendak suami sampaikan.

Puji. Akhiri dengan pujian kerana keletihan suami keluar mencari rezeki demi keluarga.

 

 

2. Kasih Sayang

Untuk rasa dicintai, kita mesti mula mencintai dahulu.

Tunjukkan rasa kasih sayang dengan tindakan. Bukan hanya sekadar kata kata.

Utamakan kasih sayang kepada keluarga dahulu bukan orang luar.

Kualitikan dan hargai masa yang ada ketika bersama.

 

rumahtangga bahagia

 

3. Keberkatan

Rumahtangga yang berkah adalah rumahtangga yang di dalamnya dipenuhi kasih sayang.

Bangunkan budaya berjemaah yang meliputi keseluruhan aktiviti keluarga itu contohnya solat, makan, mengaji, riadah, majlis ilmu dan sebagainya.

Setiap kecukupan adalah bermula dengan kesyukuran.

Ringankan diri mengucap ALHAMDULILLAH apabila menerima sesuatu yang menyenangkan. Bukan hanya ketika kenyang

Sentiasa kita zikirkan lidah dengan Allahumma ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’ moga Allah mencurahkan kasih sayang antara kita sesama ahli keluarga.

Ibu-ibu boleh juga amalkan zikir ini ketika memasak ya.

Aamiin

rumahtangga bahagia

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial

Wallahua’lam

Lahawlawala Quwwataillabillah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart