Bagaimana dengan habit mudah mampu membantu kita mencapai impian yang lama terpendam?
Mari kita meneliti hebatnya habit yang boleh membuatkan impian kita tercapai dengan mudah!
Apa itu habit?
Habit adalah tabiat atau kebiasaan yang diulang dan cenderung dilakukan dalam minda separa sedar kita.
Fakta menarik bahawa 45 peratus tindakan harian yang kita lakukan adalah dikawal oleh minda separa sedar.
Ini bermaksud jika kita mempunyai tabiat dan habit yang bagus dan diamalkan setiap hari, ianya akan membentuk kehidupan kita untuk menjadi lebih baik.
“Create habits which leads to achieve your goals on autopilot”
Jadi di sini ingin saya kongsikan “Habit Loop” atau kitaran habit yang dapat membimbing kita untuk terus berusaha ke arah mencapai impian yang luar biasa.
5 Habit Simple Mencapai Impian
1. Reminder (Peringatan)
Langkah pertama dan amat penting untuk memulakan amalan habit atau tabiat kita.
Catatkan perkara yang signifikan seperti siapa yang terlibat, apa yang perlu dilakukan, di mana berlaku dan bila perlu dilakukan dalam impian kita dengan jelas dan spesifik.
Sebagai contoh, membuat satu vision board yang memudahkan kita untuk melihat perkembangan dan merancang langkah ke arah impian kita.
2. Reaction (Bertindak Balas)
Disinilah berlakunya tindak balas emosi dan tingkah laku kita terhadap habit yang kita ingin praktikkan.
Bina jadual harian dengan menuliskan apakah tindakan dan waktu yang perlu diambil dalam melaksanakan sesuatu habit tersebut.
Seterusnya, cuba luangkan masa selaras dengan mengikuti jadual yang diatur sehingga kita mampu mempunyai habit yang tetap.
3. Reward (Ganjaran)
Ganjaran untuk diri sendiri selepas suatu pencapaian juga penting.
Dan ia seharusnya serta-merta dan berkaitan dengan tingkah laku pencapaian kita.
Contohnya, berjaya dapatkan berat badan yang ideal, hadiahkan diri sendiri dengan membeli baju yang sudah lama diimpikan untuk pakai suatu hari nanti, ini dapat meningkatkan dopamine atau “feel good” dalam diri kita.
4. Routine (Rutin)
Mengulangi langkah yang sama dalam jadual habit harian kita pada waktu dengan tingkah laku yang sama secara kerap sehingga ianya berlaku pada minda separa sedar kita.
Fokus pada konsistensi dan ketekalan dalam lakukan setiap perkara dengan terbaik.
Dalam pada itu, ia akan membawa kita lebih dekat kepada impian yang ingin kita capai.
“Slowly but Surely”
5. Review (Semak Semula)
Tidak dilupakan juga untuk sentiasa menyemak semula atau memperbaharui amalan habit kita.
Ini kerana untuk mengingatkan dan membimbing kita semula ke arah pencapaian impian yang kita tetapkan.
Wallahua’lam
Lahawlawala Quwwata Illa Billah
Oleh itu, saya ingin memperkenalkan program Webinar Vision Board Holistik.
Ini adalah satu program yang berimpak tinggi yang telah membantu lebih 16,000+ peserta menukar mindset mereka untuk mencapai impian yang diidam-idamkan.
Khas untuk anda yang stuck dan lost dalam hidup, hilang semangat, rasa buntu dan penat, rasa macam loser, tak confident, dan rasa bosan dengan kehidupan yang rutin.
Klik link ini untuk daftar sekarang: https://drazurahashim.com/vbh/