Takut Berimpian Tinggi? Ketahui 3 Faktor Puncanya

Kajian menunjukkan hanya 3 peratus yang menetapkan dan mencatat impian mereka malah mereka mampu mencapai lebih daripada yang diimpikan berbanding mereka yang tidak mempunyai impian.

 

Wah! Hebatnya untuk kita adakan impian.

 

Namun, kebanyakkan kita mungkin ada impian tetapi masih takut untuk berimpian lebih tinggi.

 

Dan juga khuatir dengan kemampuan diri dalam mencapai lebih dari yang kita mampu.

 

Ini adalah kerana beberapa aspek yang kita cenderung atau tanpa sedar kita alami yang menyebabkan kita takut untuk berimpian tinggi.

 

Mari saya kongsikan 3 sebab kenapa kita takut untuk berimpian tinggi.

 

berimpian tinggi

 

3 Sebab Kenapa Orang Takut Berimpian Tinggi

 

 

1. ‘Imposter Syndrome’

 

 

‘Imposter Syndrome’ bermaksud seseorang mempunyai perasaan ketidakpercayaan lagi terhadap diri mereka sendiri.

 

Mereka menganggap bahawa kejayaan atau prestasi yang dicapai hanyalah kebetulan dan bukannya dari titik peluh mereka sendiri.

 

Gejala ini akan membuatkan kita cenderung ke arah kebimbangan yang berlebihan dan kemurungan kerana terdapat konflik dalaman seperti berasa tidak layak untuk menikmati sesuatu kejayaan.

 

2. ‘Fear Factor’

 

 

Istilah ini bermaksud faktor-faktor ketakutan dalam mengorak impian dan ianya tergolong dalam beberapa aspek:

 

  • Fear of Judgement and Rejection

Takut dengan pandangan orang lain terhadap diri kita dan penolakkan dari orang ramai

 

  • Fear of Discontent

Takutkan rasa ketidakpuasan hati terhadap apa yang kita lakukan

 

  • Fear of the Unknown

Berasa takut terhadap ketidakpastian masa hadapan apabila ingin membuat keputusan pada waktu semasa

 

  • Fear of Failure

Takut akan kegagalan. Terlalu berfikir dan sering memikirkan perkara yang meremehkan sehingga khuatir dengan kegagalan tanpa mencuba dahulu.

 

  • Fear of Success

Berasa takut dengan kejayaan dimana selepas mencapai suatu tahap, ia memerlukan usaha yang lebih untuk ke tahap yang seterusnya yang tiada kepastian untuk berjaya.

 

Ini menyebabkan kita sering sabotaj diri sendiri kerana kurang kepercayaan dan keyakinan diri.

 

3. Tidak Menikmati Proses Menuju Kejayaan

 

 

Ada 2 jenis orang dalam proses menuju kejayaan, ‘overachiever’ dan ‘underachiever’.

 

‘Overachiever’ bermakna pencapaian yang keterlaluan.

 

Rela melakukan apapun secara luar batas demi mencapai impian sehingga sanggup korbankan kehidupan sosial atau kesihatan diri tanpa menikmati dan menghargai sepenuhnya nikmat yang dikurniakan.

 

Ini menyebabkan takut untuk berimpian tinggi kerana berasa tidak tenang dan bahagia di samping kejayaan yang dicapai.

 

‘Underachiever’ pula bermaksud pencapaian yang rendah.

 

Sentiasa berfikiran negatif dan kurang keyakinan diri untuk menunjukkan potensi mereka.

 

Jadi, mereka hanya akan dapat mencapai sedikit dari impian besar yang diimpikan.

 

Malah, akan berasa pasrah dan kesal terhadap apa yang telah dicapai kerana impian mereka tidak direalisasikan sepenuhnya.

 

berimpian tinggi

 

Oleh itu, pentingnya untuk kita meningkatkan keyakinan dan memantapkan potensi diri dengan menanamkan jati diri yang kuat agar impian yang ingin digapai mampu dinikmati pada masa hadapan.

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial

Wallahua’lam

Lahawlawala Quwwata Illa Billah

 

Jadi, di sini ingin saya kongsikan kelebihan Vision Board dalam meningkatkan pencapaian dan buang ‘limiting-belief’ yang menghindarkan diri kita daripada mencapai impian.

 

Jom kita berubah dan hapuskan halangan tersebut dengan sertai Webinar Vision Board Holistik bersama Dr Azura!

 

Klik link ini untuk daftar sekarang: https://drazurahashim.com/vbh/

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart