Pentingnya untuk seorang Leader, Ketua dalam sesebuah organisasi untuk memimpin dan memastikan bisnes mereka bergerak dan maju seiring dengan visi dan misi yang ditetapkan.
Namun, jika Leader bisnes itu sendiri tidak menetapkan impian yang besar dalam perkembangan bisnes mereka, apa yang akan terjadi pada perniagaan itu pada masa akan datang?
Jadi, mari kita teliti apakah masalah yang akan dihadapi jika Leader bisnes tidak berimpian tinggi dalam memajukan perniagaannya.
5 Masalah Jika Leader Bisnes Tiada Impian Besar
1. Hilang Motivasi Untuk Bekerja
Apabila Leader tidak berimpian besar dalam merancang bisnes, ianya akan membawa impak negatif kepada prestasi dan moral kerja yang dilakukan.
Malah, para pekerja atau mereka yang terlibat dalam aktiviti perniagaan tersebut hanya akan memberikan komitmen yang minimum sahaja terhadap tugasan mereka.
Tiada impian besar dalam berbisnes juga akan mengurangkan motivasi untuk melahirkan idea bernas atau inovasi baru yang boleh bantu dalam perkembangan perniagaan.
2. Kurang Sinergi dan Produktiviti
Leader bisnes yang lemah dalam memimpin boleh menghalang dan melemahkan sinergi dan produktiviti.
Ini bermakna setiap pekerja akan mengabaikan prioriti kerjanya dalam mencapai matlamat bisnes tersebut.
3. Prestasi Jualan Yang Rendah
Bisnes Leader yang tiada impian besar terhadap perniagaannya sendiri secara langsung akan menyebabkan prestasi jualan yang lemah.
Ini kerana apabila tiada impian dalam bisnes membuatkan pekerja hilang motivasi seterusnya menyebabkan produktiviti kerja juga kurang.
Jadi, ini membawa kepada impak negatif kepada prestasi jualan dan akan memudaratkan bisnes dalam jangka masa panjang.
4. Budaya Dan Etika Kerja Yang Lemah
Apabila Leader tiada impian maka para pekerja juga akan hilang tujuan dan tidak yakin akan bisnes tersebut dan pekerjaan sebenar mereka.
Oleh itu, ianya membawa kepada amalan budaya dan etika kerja yang lemah dan sambil lewa kerana mereka tidak dapat melihat hala tuju perniagaan itu beroperasi untuk mencapai impian dan matlamatnya.
5. Gagal Mencapai Objektif
Objektif yang ditetapkan adalah untuk merancang hala tuju sebuah bisnes dan memastikan perniagaan tersebut fokus dalam perkembangannya.
Tetapi, apabila Leader bisnes tidak berimpian besar dalam membentuk organisasi semestinya akan memberi kesan negatif pada masa akan datang.
Oleh itu, tanpa semangat untuk adakan impian yang besar maka sesebuah perniagaan itu juga gagal untuk memenuhi objektifnya dalam mencapai satu tahap yang baru dalam kemajuan berbisnes.
Pentingnya seorang Leader bisnes untuk berimpian besar
Mempunyai impian adalah amat penting kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang hebat.
Samada impian itu kecil atau besar, ianya juga akan menjadi “stepping stone” untuk kita mencipta sebuah impian yang lagi hebat dan tanpa kita sangka pada masa hadapan.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Ingin tahu rahsia bagaimana untuk bina dan capai impian yang lebih holistik?
Jom sertai Webinar Vision Board Holistik Edisi 2022!
Klik link ini untuk daftar sekarang: https://drazurahashim.com/vbh/
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah