Hati-hati Mencari Kawan

“Hati-hati mencari kawan”

Betapa pentingnya memilih kawan yang baik sehinggakan baginda Rasulullah menyebut di dalam hadisnya: Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin lainnya, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin lainnya; ia membantunya saat kesulitan serta menjaganya (membelanya) dari belakang – [HR Abu Daud 4272].

Ini kerana kawan merupakan seorang insan yang sentiasa bersama kita dalam keadaan susah dan senang . 

 

Namun terdapat juga kes sahabat yang melakukan perkara yang bertentangan dengan definisi kawan itu sendiri.

 

 

Cara Mengetahui Seseorang Itu Baik Untuk Anda

 

1. MEREKA MENGHORMATI SEMPADAN ANDA

 

Setiap orang ada had dan privasi masing masing. Sebagai orang terdekat mereka hendaklah menghormati sempadan had kita tak kira walau sekecil mana perkara tersebut termasuklah juga diri kita kepada mereka.
 

2. KOMUNIKASI TERBUKA

 

Komunikasi harus dilakukan dalam dua pihak jika menginginkan tujuan komunikasi tercapai walau dengan sesiapaun dalam kehidupan ini. Melalui komunikasi terbuka dapat membentuk dirmampu menumbuhkan ikatan dua belah menjadi lebih baik dan semakin dekat satu sama lain.
 

3. JUJUR DAN AMANAH

 

Orang yang baik pasti semestinya seseorang yang jujur dan amanah terutama apabila kita bercerita atau mengamanahkan sesuatu perkara kepadanya.
 

4. MENGHARGAI, PERBEZAAN, PENDAPAT & PERASAAN DIDENGARI

 

Setiap manusia dilahirkan dari pelbagai jenis latar belakang dan mempunyai pelbagai pendapat mengikut mindset dan pergaulan kehidupan mereka. Mahupun begitu, orang yang baik pasti boleh menerima dan menghargai pendapat yang berbeza oleh orang lain dengan berlapang dada.
 

5. RASA SELAMAT & TERJAMIN

 

Orang yang baik akan membuat kita rasa selamat dengannya. Selamat yang dikatakan termasuklah apabila bersama atau tidak bersama dengan orang tersebut.
 

6. MENYOKONG & MERAIKAN KEMENANGAN ANDA

 

Akhir sekali, seseorang yang baik akan menyokong dan meraikan kemenangan kita. Dari sini jugalah kita boleh mengetahui bahawa seseorang rakan atau lawan kita kerana seorang lawan tidak mungkin bahagia melihat kita bahagia.
 
Oleh itu, berhati-hati tentang di mana dan kepada siapa anda memberikan tenaga anda untuk mengetahui bahawa ia mengalir dengan bebas kembali kepada anda.
 
Berhati-hati dan berbanggalah dengan sejauh mana anda telah melangkah dan dengan orang yang anda telah mengelilingi diri anda!

 

hati-hati mencari kawan
 
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
 
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart