???? ??????? ????? ??????? ?????
Belajar tentang ilmu agama ini sebuah kewajiban yang amat mulia.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia yang mempunyai tanggungjawab dan komitmen di dunia ini, terkadang kita terlalai seketika kerana amat sibuk menguruskan hal hal kerja dan juga keluarga.
Oleh itu, antara tips atau cara untuk belajar agama di waktu sibuk yang kita boleh ikuti ialah:-
1. SEDARKAN DIRI BAHAWA BELAJAR AGAMA ITU AMAT PENTING
Dengan ilmu agama yang cukup seseorang itu akan menjadi orang yang baik, kehidupannya juga tenang dan dari situlah nanti akan muncul kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka kesedaran mempelajari agama ini menjadi keutamaan.
2. ADA TEKAD SERTA NIAT YANG KUAT
Dengan adanya tekad yang kuat ini akan menjadikan kesibukan tidak akan menjadi penghalang untuk mulai belajar agama bersama sama dengan niat yang ikhlas bahawa belajar agama ini untuk mencari keredhaan Allah SWT.
3. DISIPLIN MENGATUR WAKTU
Disiplin dalam mengatur waktu ini kunci yang amat penting terutama dalam meluangkan waktu khusus dalam belajar agama Islam.
Sebaiknya kita menjadikan ia sebagai satu rutin meskipun waktunya belajar tidak terlalu lama. Hal itu lebih baik daripada tidak berbuat apa apa sama sekali.
4. BERTEMAN DENGAN ORANG YANG SUKA BELAJAR AGAMA
Memiliki teman yang suka belajar agama menjadi faktor penting juga kerana kita akan terdorong untuk selalu bersemangat belajar ilmu agama Islam meskipun dalam keadaan sibuk. Oleh itu, kita hendaklah cuba usahakan untuk mendapatkan teman atau orang-orang yang suka belajar agama Islam.
5. MENGGUNAKAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI INTERNET
Dengan kemudahan teknologi sekarang ini, kita diberi kemudahan untuk mengakses ilmu agama Islam di internet dan mendengar ceramah-ceramah dari para ustaz dan ustazah yang menerangkan ilmu agama seperti di Youtube, Facebook dan sebagainya,
6. TETAP SABAR DALAM PROSESNYA
Sedangkan seorang itu perlu mula dari bacaan Iqra’ untuk menguasai membaca Al-Quran agar lebih memahami tajwid untuk mendapat bacaan yang betul apatah lagi ilmu agama lain yang lebih mendalam. Oleh itu, mempelajari ilmu memerlukan waktu dan sabar dalam menjalani proses tersebut.
Semoga bermanfaat !
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim