Elak burnout?
Terlalu penat sampai jadi ‘blank’?
Banyak sangat perkara yang perlu diuruskan?
Sehingga badan menjadi letih lesu tak bermaya?
Inilah yang dipanggil burnout dan kadangkala otak dan badan boleh membuat tindakan yang tidak dijangka akibat daripada rasa burnout ini.
Burnout adalah stress yang berterusan hingga mengakibatkan mental dan fizikal kita menjadi sangat penat.
1. Buat jadual
Buat jadual untuk rutin harian anda dan selitkan waktu rehat di dalamnya untuk elak burnout.
Memang seperti budak sekolah ada waktu rehat dalam jadual sekolah mereka.
Tetapi percayalah, waktu ini akan membantu anda untuk relaks dan tenangkan fikiran. In shaa Allah
2. Tidur yang teratur
Cari cara untuk dapatkan tidur yang berkualti kerana ia boleh menjadikan anda lebih produktif dalam menjalankan rutin harian.
Elakkan dari berjaga, jika keadaan mendesak anda boleh tidur awal dahulu kemudian bangun kemudian untuk melaksanakan tugasan anda.
3. Mencari hiburan untuk diri sendiri
Cari penyelesaian untuk hiburkan diri dan buat sesuatu yang gembira.
Contohnya pergi mandi sungai, tengok wayang atau hanya dengan mendengar lagu.
Anda boleh mengajak keluarga atau teman rapat untuk pergi bersama anda.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial