Penyakit yang harus dielakkan bukan sahaja penyakit seperti strok atau sakit jantung malah penyakit hati juga.
Setiap perkara itu ada kata yang berlawanan untuk kita pandang dari sudut yang lain.
Jangan biarkan 3M ini berpanjangan dalam diri anda kerana kita perlu mengekalkan semangat yang hebat untuk mencapai impian-impian yang tertulis dalam Vision Board.
1. Jangan MARAH, Mesti SABAR
Marah adalah emosi sifat semula jadinya adalah NEGATIF
Marah boleh diukur dari bersifat sedikit keresahan hingga mampu berkembang menjadi ganas dan tidak terkawal.
Marah secara umumnya boleh diterima semua orang jika mempunyai sebab yang jitu tetapi bukan marah yang tidak terkawal berlandaskan hawa nafsu.
“Mereka itulah orang yang dibalas dengan martabat tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya”
(Al-Furqan: 75)
2. Jangan MALAS, Mesti RAJIN
Orang miskin jadi berjaya? ADA!
Tetapi TIADA orang malas akan berjaya.
Orang yang berusaha keras tanpa mengalah mampu memintas orang genius yang tidak melakukan apa-apa.
“Jika malas dan hanya membuang-buang waktu, kamu tak akan tahu bagaimana cara meraih peluang bahkan ketika peluang itu tepat berada di hadapanmu.” – Li Ka-Shing
3. Jangan MALU, Mesti BERANI
“Malu bertanya sesat jalan”
Dalam hidup ini, kita jangan malu, lebih-lebih lagi dalam hal mencari ilmu. Kerana ianya tidak mendatangkan manfaat dalam diri anda.
Bertanyalah tanpa merisaukan tentang apa yang akan orang fikirkan tentang anda, percayalah tiada siapa yang terlalu peduli tentang anda melainkan diri anda sendiri.
Semoga bermanfaat
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial