Rezeki Allah Luas

rezeki allah luas

Rezeki Allah itu luas.
 
Apa maksud sebenar rezeki itu?
 
Duit? Kesihatan? Keluarga Bahagia?
 
Kalau kita nak bercakap soal rezeki, ianya memang sangat subjektif dan luas.
 
Bahkan, udara yang anda sedut setiap saat juga merupakan satu rezeki.
&nbsp
Namun, kita boleh klasifikasikan punca rezeki iaitu:
 
 

1. Rezeki yang telah dijamin

Dalam surah Hud ayat ke 6 , Allah Ta’ala telah berfirman :
” Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya”
 

2. Rezeki kerana usaha

Dalam surah An-Najm ayat 39, Allah Ta’ala telah berfirman :
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya”
 

3. Rezeki kerana besyukur

Dalam surah Ibrahim ayat 7, Allah Ta’ala telah berfirman :
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu”
 

4. Rezeki tidak terduga

Allah SWT telah memberikan jaminan sesiapa yang mengamalkan amar ma’ruf nahi mungkar (mengajak kebaikan, mencegah kemungkaran) akan Allah permudahkan masalah yang dihadapinya.
 
Saya yakin anda pernah mendapat rezeki yang tak disangka-sangka? Kebetulan seolah macam tahu anda perlukan sesuatu waktu itu.
 
Itu merupakan cara Allah mengurniakan nikmat buat hambaNya. Supaya mereka mengingati pemberian rezeki Allah itu luas.
 
Dalam surah At-Thalaq ayat 2-3, Allah Ta’ala telah berfirman :
 
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya”
 

5. Rezeki kerana sedekah

Dalam surah Nuh ayat 10 -11, Allah Ta’ala telah berfirman :
” Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta”
 
“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” (Al-Jumu’ah: 10)
 
Semoga bermanfaat
 

 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
 
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart