Tingkat keyakinan diri sangat penting
Hari itu saya ada jemputan untuk beri ‘talk’. Ada satu slot pengisian untuk peserta menulis apa yang disukai tentang diri sendiri dan apa kelebihan mereka. ?
Saya minta tuliskan 5 setiap satu dan selepas beberapa minit, ada orang yang susah nak tuliskan apa kelebihan yang dia ada.
Bukan sebab dia tak tahu tetapi dia takut kalau nanti ‘riak’ pula.
MashaAllah, jom saya kongsi tips supaya anda buat ini untuk rasa syukur atas kurniaan Allah dan bukan untuk meriak.
Setiap apa yang anda rasa sebagai kelebihan itu, anda tuliskan ‘Terima kasih dan syukur Ya Allah, Engkau telah kurniakan saya ….. Engkaulah pemilik segala sesuatu yang ada di atas muka bumi ini”
Dia terus tersenyum ☺️ dan boleh menulis tentang kelebihan dirinya. Dengan cara ini, kita telah meluahkan syukur atas kurniaanNya. In shaa Allah.
TIPS TINGKAT KEYAKINAN DIRI
1. Senaraikan perkara yang kita suka tentang diri kita
Membuat list ini dapat membantu mengenali diri dan megenalpasti kekuatan yang ada sekaligus mampu menambah keyakinan diri.
2. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain.
Setiap orang ada keistimewaan tersendiri yang tiada pada orang lain. Oleh itu fokus kepada diri dan boleh ambil inspirasi daripada orang lain.
3. Luangkan masa beberapa minit dihadapan cermin untuk buat ‘self-affirmation’.
‘Self-affirmation’ dapat menghalang diri dari stress dan tekanan. Ia juga dapat mewujudkan aura postif yang dapat meningkat motivasi diri,
Be Positive. Be Kind. Spread LOVE.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim ❤️
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial