Kepimpinan: 7 Ciri Yang Anda Perlu Ada Sebagai Ketua

Ciri-ciri kepimpinan adalah perkara yang sangat penting untuk dimiliki oleh setiap orang supaya dapat menjadi orang yang boleh berbakti kepada masyarakat.

Ia membolehkan kita untuk menjadi ketua dan memberi peluang untuk kita menjadi teladan kepada orang ramai.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan  7 ciri kepimpinan yang anda perlu ada untuk menjadi ketua yang bagus kepada orang di sekeliling.

Apa itu Kepimpinan?
kepimpinan

Seorang pemimpin adalah individu yang bertanggungjawab mengetuai sebuah organisasi atau kumpulan untuk membantu mereka untuk mencapai sasaran atau sesuatu matlamat.

 

Setiap kumpulan perlu mempunyai ketua yang bagus supaya dapat bekerja ke arah hala tuju yang jelas dan mampu membawa kejayaan.

 

Tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin sangat besar dan penting kerana mereka merupakan harapan sesebuah kumpulan.

 

Mereka juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah syarikat dan memainkan peranan yang sangat penting untuk menyatukan ahli supaya masalah dalaman tidak timbul.

 

Oleh itu, ciri-ciri kepimpinan adalah perkara yang sangat penting untuk dimiliki oleh setiap orang supaya dapat menjadi ketua yang cemerlang.

 

 

7 Ciri Kepimpinan Yang Anda Perlu Ada

Pada bahagian ini, kami akan menerangkan 7 ciri yang anda perlu memiliki untuk menjadi ketua yang berwibawa.

 

 

1. Jujur

 

 

kepimpinan

 

Jika anda merupakan seorang pemimpin sebuah organisasi yang besar, anda akan diamanahkan untuk menguruskan duit dan perkara lain yang sangat penting.

 

Ini akan menguji kejujuran dan integreti anda kerana mereka yang tidak jujur akan mengambil wang tersebut untuk diri sendiri dan ini akan memberi kesan buruk kepada syarikat tersebut.

 

Jika anda jujur, wang dan maklumat yang sulit akan disimpan dan elok dan digunakan untuk membantu kumpulan anda untuk mencapai kejayaan.

 

2. Berkomunikasi Dengan Baik

 

kepimpinan

 

Sebagai ketua, kita perlu tahu waktu kita perlu menegur dan juga waktu kita perlu dengar dan mengambil nasihat dari mereka yang dibawah jagaan kita.

 

Walaupun kita merupakan ketua mereka, kita juga perlu mendengar mereka kerana mereka mungkin lebih mengetahui tentang sesuatu perkara dari kita.

 

Oleh itu, anda perlu mempunyai kemahiran komunikasi dengan baik supaya anda dapat bekerja dengan baik bersama orang lain.

 

3. Berfikiran Jauh

 

 

kepimpinan

 

Ciri seterusnya adalah anda perlu berfikiran jauh dalam segala perkara yang anda melakukan. Ini untuk memastikan organisasi anda akan stabil pada waktu yang lama.

 

Jika anda hanya fikir untuk berjaya dengan cepat dan jangka pendek sahaja, ia berisiko kerana ia mungkin tidak tahan dengan lama.

 

Dengan berfikiran jauh, anda boleh menghasilkan rancangan jangka panjang efektif yang boleh membolehkan organisasi anda untuk mencapai matlamat dengan senang.

 

4. Kesabaran

 

 

kepimpinan

Sikap kesabaran juga merupakan ciri sangat diperlukan sebagai seorang ketua yang bagus. Ini kerana tidak semua perkara akan berjalan dengan lancar.

 

Jika perkara ini berlaku, anda perlu sabar dan tidak mudah mengalah kerana orang bawah anda akan merujuk kepada anda jika terdapat masalah.

 

Sekiranya anda menunjukkan sifat mengalah, pekerja lain akan tidak bersemangat lagi kerana mereka lihat anda sedekemian.

 

Oleh itu, anda perlu bersabar dan tidak mudah mengalah dan perlu bersedia untuk apa-apa masalah.

 

5. Keyakinan Tinggi

 

 

kepimpinan

Untuk menjadi pemimpin yang berwibawa, anda juga perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ini membolehkan anda untuk memberi inspirasi kepada pekerja lain.

 

Apabila mereka melihat ketua mereka yakin dan sentiasa positif, mereka sendiri akan bermotivasi dan bersemangat untuk membantu anda mencapai matlamat.

 

Anda juga akan lebih senang untuk membuat kerja jika mempunyai ciri ini kerana anda yakin bahawa perkara yang anda melakukan adalah betul.

 

6. Komited

 

Anda juga perlu komited dan bersedia untuk bekerja dengan lebih keras berbanding dengan pekerja dan ahli di bawah anda.

 

Ini kerana anda merupakan ketua mereka dan perlu menunjukkan contoh yang baik. Mereka akan sentiasa rujuk anda dan akan mengikut apa yang dilakukan oleh anda.

 

Jika anda tunjuk sikap yang bagus seperti bekerja keras dan menunjukkan komitmen anda, ia akan mendorong pekerja lain untuk buat perkara yang sama.

 

7. Empati

 

 

Ciri terakhir yang perlu dimiliki oleh pemimpin yang bagus adalah mereka perlu mempunyai sikap empati.

 

Ini bermaksud anda perlu memahami bahawa pekerja dan ahli anda akan membuat silap dan juga mempunyai masalah mereka sendiri.

 

Oleh itu, anda perlu bersimpati dan tidak boleh menegur mereka dengan kasar kerana kita tidak tahu perkara yang mereka sedang melalui.

 

Kesimpulannya, ini adalah antara ciri kepimpinan yang perlu dimiliki jika anda mahu menjadi ketua yang bagus.

 

Adakah anda mencari platform untuk mentransformasikan diri anda untuk menjadi seseorang yang lebih hebat?

 

Jika jawapan anda adalah YES! Anda boleh seminar dan mengikuti latihan yang dilakukan oleh Dr Azura Hashim. 

 

Beliau menggunakan pelbagai cara dan langkah untuk membantu anda mencapai potensi. 

 

Dengan ini, anda dapat mengubah diri anda mampu melakukan perkara yang anda tidak dapat melakukan sebelum ini.

 

Jom! Sertai Webinar Vision Board Holistik untuk memperbaiki cara pemikiran dan habit untuk capai impian kita dengan lebih mudah dan sentiasa bersemangat.

 

Ingin tahu rahsia bagaimana untuk bina dan capai impian yang lebih holistik?

  Jom sertai Webinar Vision Board Holistik Edisi 2022!   Klik link ini untuk daftar sekarang: https://drazurahashim.com/vbh/

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

sesuaikan persekitaran baru

Sesuaikan Persekitaran Baru

Sesuaikan persekitaran baru tidak mudah.     Pernah tak mengalami perubahan persekitaran?🤔     Contoh macam tukar tempat kerja, pindah kediaman, kematian orang yang rapat

baik kepada hebat

Baik Kepada Hebat

“Baik kepada hebat”     “Kita semua adalah pemimpin dalam hidup kita”     Saya tertarik dengan ayat ini. Bermaksud dalam hidup ini, setiap dari

ego memakan diri

Ego Memakan Diri

Ego memakan diri sendiri. Ego membawa maksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Setiap orang mahu menjadi yang terbaik untuk keluarga,

manfaat travel

Manfaat Travel Kepada Diri

Manfaat travel ada banyak. Paling selalu kita dengar untuk berehat setelah penat bekerja. Tidak kira seorang diri mahupun berteman, semua orang suka mengembara. Apa yang

Shopping Cart