Mencari bahagia amat penting untuk bermohon dari Allah Ya Naafi’ Ya Nur Ya Haq menambah ilmu yang bermanfaat dan benar.
Mencari Bahagia Dengan Bermohon Kepada Allah
1. Sentiasa ingat Allah Maha Pengampun
Seberat bumi Setinggi gunung dosa- dosa kita, tinggi lagi Pengampun Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab. Selagi kita sentiasa kembali kepadaNya.
2. Merasa belas kepada yang memerlukan.
Hulurkan bantuan. In shaa Allah, Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Baits akan bangkitkan rasa gembira dihati.
3. Buang perasaan sakit hati dan dengki.
In shaa Allah diberikan sihat tubuh badan oleh Allah ya Salam Ya Mukmin.
4. Sentiasa positif dan optimis.
Ketahuilah bahawa Allah Ya Qorib sentiasa dekat dan bersama dengan kita. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al Baqarah, ayat 186.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat”.
5. Buang semua rasa sedih di hati.
Dan sapulah air matamu. Berapa banyak rahmat dan kurniaan dari Allah Ya Wahhab Ya Karim anugerahkan kepada kita selama ini.
6. Fokus kepada segala nikmat.
Surah Ibrahim, ayat 7:
“Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku)… “
Inilah Janji Allah SWT Terhadap Hamba yang Pandai Bersyukur.
Semoga kita semua sentiasa di bawah pimpinan dan kasih sayang Allah. Aamiin.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah