Merawat Jiwa Yang Kosong

merawat jiwa yang kosong

Tips Merawat Jiwa Yang Kosong

 

Kadangkala kita mahu merawat jiwa yang terasa kosong. Mengapa? Waima hidup dilimpahi kesenangan dan kemewahan tetapi semuanya tidak dapat menjamin ketenangan.

Jiwa yang bahagia adalah jiwa yang dekat dengan ALLAH SWT.

Jiwa juga perlukan makanan dari kita untuk merawat jiwa yang kosong.

 

 

Antara Makanan Jiwa Yang Boleh Kita Suapkan

 

1. Niat Kerana Allah

Ikhlaskan hati dan lakukan setiap pekerjaan kerana Allah.

 

2. Perbanyakkan Beristighfar

Dengan beristighfar, kita dapat memohon keampunan kepada Allah terhadap dosa dan kesilapan-kesilapan yang telah lalu.

 

3. Tinggalkan Maksiat

Kadangkala tanpa disedari kita melakukan maksiat. Maksiat sebagai racun dalam kehidupan. Dengan menyedarinya, kita boleh membawa diri ke arah yang lebih baik.

 

4. Menuntut Ilmu Agama

Jiwa yang kosong dapat diubati dengan mempelajari ilmu agama. Amalkan ilmu yang dipelajari, in shaa Allah akan dipermudahkan urusan untuk memperbaiki jiwa kita.

 

5. Amalkan Bacaan Al-Quran

Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan. Jiwa yang kosong akan terisi dan lebih tenang dengan pembacaan ayat-ayat Al-Quran.

 

6. Beristiqamah Dalam Melakukan Kebaikan

Istiqamah itu bermaksud dilakukan secara berterusan. Waima amalan baik yang sekecil zarah jika dilakukan secara berterusan akan memberi kesan kepada jiwa.

 

7. Berdoa Kepada Allah

Untuk mendapat jiwa yang bahagia, dekatkan diri dengan Allah s.w.t. Sentiasa berdoa untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat juga untuk setiap perkara yang dihajati. Allah Maha Mendengar doa-doa hambaNya.

 

 

Semoga Allah Ya Nur Ya Haadi Ya Haq sentiasa memimpin kita di jalanNya.

Aamiin

 

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam

Lahaulawala quwwata illa billah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart