Awalnya saya mengenali kelas Vision Board Holistik ini di whatsapp group Young Living. Biasanya saya melakukan Vision Board untuk syarikat tapi kali ini saya lakukan untuk diri sendiri. Bukan itu sahaja, saya juga ada membuat Vision Board untuk anak-anak saya. – Puan Diana Yusoff
Anak-anak saya turut tertarik apabila melihat Vision Board impian saya, saya jelaskan pada anak-anak saya Vision Board tu ibarat doa kita. Kemudian, anak-anak saya turut berminat untuk membuat Vision Board juga.
Saya menjelaskan pada anak-anak saya apa yang mereka perlu lakukan untuk mencapai impian mereka. Banyak perubahan yang amat ketara dapat dilihat dalam sikap anak-anak sebelum dan selepas membuat Vision Board.
Terharu dan bersyukur dapat merealisasikan impian anak-anak, Saya dan suami dapat bekerjasama untuk membantu mereka mencapai impian mereka. Anak-anak saya mula membuat Vision Board di usia yang sangat muda, saya ajar mereka buat Vision Board sejurus saya menyertai kelas Vision Board Holistik bersama Dr Azura.
- Kelas Vision Board Holistik membantu dalam mengembangkan lagi perniagaan yang sedang saya jalankan sekarang.
- Kelas Vision Board Holistik juga dapat membantu saya berkomunikasi secara lebih mendalam serta mengetahui isi hati anak-anak saya.
- Selain itu, apa yang saya dapat dari kelas Vision Board Holistik ini adalah sebagai ibu bapa kita perlu memberikan contoh yang baik untuk anak-anak, ia juga dapat membantu kita berkomunikasi dan menjadi lebih rapat dengan anak-anak.
Tonton video ini :
Saya menyarankan semua untuk menyertai Vision Board Holistik ni walaupun ianya nampak mudah awalnya, tapi kita perlu tahu setiap perkara ada fungsinya dan Dr Azura akan mengajar cara yang terbaik. Hubungan dengan Allah juga perlu dititikberatkan, bagi saya Dr Azura banyak membuka mata saya.
Setelah hadir kelas Vision Board Holistik, semua ahli young living dalam group whatsapp disarankan menyertai kelas Vision Board Holistik yang bukan sahaja membantu dalam perniagaan malahan bagus untuk diri sendiri.
Nak bantu diri, perniagaan dan keluarga anda untuk menjadi yang lebih baik dengan mengetahui impian dan target mereka? Sertai Kelas Vision Board Holistik bersama Dr Azura Hashim yang memberikan pengetahuan dan cara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri dan keluarga.
Klik sini untuk sertai kelas Vision Board Holistik
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial