Tips Minda Sihat

tips minda sihat

Realiti kehidupan yang semakin sibuk dan mencabar, kadang-kadang kita selalu terlupa atau lalai untuk hidup dalam keadaan sihat; sekaligus menjejaskan minda sihat yang kita sepatutnya kita miliki.
 
Sekiranya anda sedang mencari cara untuk menjalani kehidupan dengan positif dan mempunyai mental yang lebih baik, berikut adalah 5 tips yang boleh kita amalkan:
 

 

1. Tingkatkan ‘bonding’ dengan keluarga

 
Luangkan masa bersama keluarga anda dan tolak tepi dahulu urusan yang membebankan fikiran anda seperti kerja atau lain-lain untuk memperoleh minda sihat.
 
minda sihat
 

2. Jangan kongsi berita palsu atau tidak sahih

 
Ini kerana, jika yang anda sebarkan itu ternyata palsu, ia mungkin akan membelenggu diri anda dengan perasaan serba salah.
 

 

3. Jaga kesihatan dengan senaman dan makanan yang sihat

 
Ini adalah perkara utama yang perlu dijaga untuk kekal sihat. Duit banyak pon tak berguna jika kita tidak sihat.
 

 

4. Katakan TIDAK kepada pemikiran negatif

 
Apabila anda terdorong kepada pemikiran negatif, cepat-cepat ubahkannya kepada yang positif supaya hati sentiasa tenang dan bahagia.
 

 

5. Bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menguruskan kehidupan

 
Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang perkara yang kita lakukan. Bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan sama ada baik atau sebaliknya.
 

 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
 
Semoga bermanfaat
 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Salam sayang,
 
Dr Azura Hashim❤

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart