Tips Rumah Bersih

tips rumah bersih

Rumahku syugaku. Rumah merupakan tempat kita berlindung dan beristirehat.
 
Rumah yang bersih dan kemas memberikan rasa ketenangan dan kedamaian dalam diri kita.
 
Oleh itu, untuk memastikan rumah kita sentiasa bersih, kita harus membina dan menerapkan diri dengan sebuah rutin mengemas yang bagus.
 
Disini terdapat 3 tips untuk memastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas.
 
 
• Bersihkan semasa kita pergi / clean as we go
 
Apabila mengenai rumah yang kemas dan bersih, melakukan banyak tugas mengemas adalah perkara yang dielakkan.
 
Rumah menjadi sepah yang teruk apabila kita hanya berlalu pergi tanpa mengemasnya. Untuk menngatasi masalah rumah bersepeah ini adalah dengan mengemas segera setelah berbuat sesuatu perkara.
 
Sebagai contoh, cuba basuh dan cuci pinggan selepas makan, bersihkan kaunter meja selepas selesai membuat kuih dan lipat baju selepas angkat kain yang kering dijemuran.
 
 
• Ambil masa 10-15 mins untuk kemas sebelum tidur.
 
Kita seharusnya bantu diri kita dan jadi proaktif dalam mengemas rumah agar ia tidak menimbun keesokan harininya.
 
Oleh itu, pasanglah lagu kegemaran kita atau podcast, dan mula kemas yang mana belum dibuat pada hari tersebut seperti lipat baju dari jemuran, basuh pinggan yang ada dalam sinki dan sebagainya sebelum tidur.
 
Ini sedikit sebanyak dapat megurangkan beban kita untuk mengemas rumah.
 
 
• Setiap hari basuh pakaian/mendobi.
 
Perkara yang kita tidak suka ialah apabila melihat pakaian berlonggok di satu sudut tempat. Pakaian yang dari bersih dan kotor yang seharusnya diasingkan.
 
Dalam usaha untuk memastikan almari kita dalam keadaan kemas tersusun dan segar, buat target untuk mendobi hari-hari daripada biarkan ianya menimbun.
 
Namun sekiranya, kita tinggal seorang diri, maka set hari untuk mendobi yang bersesuaian dengan jadual kita. Matlamat utama adalah memastikan segala pakaian kita dalam keadaan bersih, kemas dan tersusun.
 
“A clean is a happy home”
 
tips rumah bersih
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
 
Salam Sayang,
Dr. Azura.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

fahami emosi

Fahami Emosi Anda

Fahami emosi anda.   Ada tak yang sedang sedih, tetapi sembunyikan perasaan?   Bila kita cakap tentang emosi, ia seringkali berkait dengan marah dan sedih.

minda yang sihat

Minda Yang Sihat

Semakin dewasa semakin sibuk memikirkan kerja sehingga kadangkala terlupa untuk memikirkan perasaan diri sendiri.     Hal kerja, menjaga anak,memasak, menguruskan rumah tangga dan lain-lain

kukuhkan fikiran

Kukuhkan Fikiran Anda

Kukuhkan fikiran banyak membantu dalam kehidupan seharian. Walaupun anda mungkin tahu bahawa anda perlu menggunakan badan anda, adakah anda tahu bahawa ia juga mungkin penting

manfaat tidur sekejap

Manfaat Tidur Sekejap

Manfaat tidur sekejap atau qailulllah perlu diketahui oleh semua orang. Tips hari ini saya kreditkan kepada Public Health Malaysia.     Orang luar memanggil Qailulah

Shopping Cart